Short Vacation Ke Kuala Terengganu

Saturday, August 08, 2015



Assalamualaikum, =D


Hai semua,
Selamat Petang...

Kalau semalam aku dah update entry tentang short vacation ke Melaka, so hari ni aku nak update pula entry tentang short vacation ke Kuala Terengganu.

Tujuan utama pergi sana, bukan saja - saja nak berjalan dengan kengkawan. Tapi kami ke sana dengan tujuan nak buat satu sesi interview dengan satu syarikat batik yang telah kami pilih, iaitu Myriam Atelier. 

So di bawah ni adalah cerita trip  kami sepanjang ke Kuala Terengganu.

Jumaat
Perjalanan kami dari Muadzam Shah, Pahang ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih. Dan kami tiba di Kuala Terengganu pada pukul 7.30 petang.

Bila dah jalan jauh, apa lagi...Tidur lah dalam bas tu. 

Tapi bila sampai je dekat Kuala Terengganu, mata aku terus segar sebab aku teruja tengok rumah - rumah kedai dekat sana (yang berkonsep islamic). Cantik sangat! Masjid apatah lagi...Ya Allah, hanya mampu cakap yang aku teruja je tengok bangunan - bangunan kat sana yang semuanya berkonsepkan Islamic! 

p/s: oh maaflah sebab ini pertama kali kot aku pergi ke Kuala Terengganu. Selama ni dok dengar orang sot - set sana sini je. Haha. 

Ketika ni, kami baru saja sampai di Kuala Terengganu. Maaflah ye, muka semua nampak letih je. Maklumlah perjalanan kami agak jauh + pagi Jumaat tu kiteorang dok kehulur - kehilir hantar assignment. Sampai je rumah member, kami terus lepak! 
Esok pagi - pagi lagi, kami nak ke kilang batik dan jalankan tugasan kami di sana.

Sabtu
Ok, ini adalah hari yang di nanti - nantikan...Sebab aku rasa macam tak sabar nak dok interview pengusaha syarikat batik (Myriam Atilier). Tapi dalam masa yang sama, debaran tetap terasa...

Yelah takutlah pengusaha batik tu tak sporting ke apa ke...

Kami berempat di kilang batik Myriam Atelier. Sementara dok menunggu bos atau pengusaha batik datang. Kami ambil gambar sat sebagai kenang - kenangan dan juga untuk report kami nanti. 

Bila dah jumpa bos Myriam Atelier ni, rupanya beliau sporting habis. Tulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Ye tak? Kenal dulu orang tu, baru tahu dia macam mana.

Dan Alhamdulillah selama hampir 45 minit sesi interview ini berjalan dengan lancar. 

Selesai buat sesi interview dan ambil gambar sekitar kilang untuk report kami nanti. Kami bergerak pula ke kedai Myriam Atelier yang tidak jauh dari kilang tersebut. 

Kami di kedai Myriam Atelier. 

Alhamdulillah. Berakhir sudah tugasan kami di Kuala Terengganu, lepas ni tinggal buat report je. Jutaan terima kasih kepada En Rostam kerana memberi kami peluang untuk menjalankan tugasan kami di sini, dan terima kasih juga kepada semua tenaga kerja Myriam Atelier yang memberi kerjasama kepada kami. 

Bila dah habis tugasan, apa lagi...ambillah peluang yang ada ni untuk jalan - jalan di sekitar Kuala Terengganu.

Selesai tugasan. Kami terus singgah solat di masjid yang terletak tidak jauh dari kedai Myriam Atelier. 

Lepas tu singgah makan dekat PB Mall. Then teruskan perjalanan kami ke Pasar Payang pula. 
Walaupun penat berjalan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Tapi aku have fun juga lah ke Kuala Terengganu ni. 
p/s: bukan jauh sangat pun. Dah nama nak jimat kos, kena pandai - pandailah. Ye tak?

Dalam masa berjalan - jalan ni. Teringat pula kisah vacation aku dan keluarga ke Jepun beberapa tahun yang lepas. Rindu pula nak ke sana, hihi...

Bila dah ada dekat Pasar Payang rasa macam semua aku nak beli!
Lagi - lagi kalau dok tengok pelbagai jenis kain batik, kain songket dan bermacam - macam lagilah.
Rambang mata aku dibuatnya!

Selesai membeli - belah. Kami meneruskan pula perjalanan kami ke Pekan Cina. 

Dah sampai Pekan Cina. 
Apa lagi, take a picture lah!

Dekat bawah ni sajian gambar - gambar kami sepanjang kami di Pekan Cina, Kuala Terengganu.
p/s: entry aku panjang sebab banyak gambar kot rasanya, hihi...




Ok cerita dia macam ni, nak cari lorong payung, tapi tak jumpa! 
Yang jumpanya, lorong penyu - lah, lorong kunci lah, jumpa macam - macam lagi. 
Tapi kami tak give up. Cari lagi lorong payung sampai jumpa. Ha, last - last jumpa. Alhamdulillah.
Tapi bila sampai sana, eh ramai pula yang nak bergambar. So kenalah tunggu turn.
Tunggu lorong tu kosong barulah kami, ambil gambar...


Tepat pukul 6 petang, kiteorang pun ambil keputusan untuk pulang ke rumah keluarga Fyna (sebab malam nak jalan lagi,hihi). 

Malam - malam baru sempat pergi Masjid Kristal, sebab siang tadi jadual sangat pack.
Subhanallah, cantik sangat!



Ahad
Pukul 9 pagi, kami dah bertolak balik. 

Dan sampai sini sahaja, kisah aku dan rakan - rakan sepanjang di Kuala Terengganu. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. Terutamanya Fyna dan keluarga. Thank you so much! =D

Terima kasih juga dekat korang yang baca entry aku kali ni. 
Salam =)

You Might Also Like

1 comment di sini.

  1. Wahh jauhnya interview smpai ke tganu :D saya ni nk interview kt KL je pun susah. Sbb xde transport sndiri haha TT end up x pegi pon hahahaha.

    Tpi serious dh lama gila x dtg tganu. Saya suka pegi tganu. Bnyk tempat yg best2 :D bilalah boleh pegi lagi~ huhu

    ReplyDelete