Resepi Sup Telur

11:41 PM



Assalamualaikum, =D


Hai semua...Selamat berhujung minggu,

Pelik ke idok tajuk resepi aku ni, haha. Ni nama dia resepi bujang campak situ, campak sini...Asal resepi campak - campak tu menjadi dan boleh makan. Sudah! Yang penting perut kita kenyang! 

Tada...Ni lah sup bujang ala campak sana, campak sini...
Sup telur ala bujang. Simple!


Errrrr sebenarnya, aku nak masak telur potong - potong bawang (yang selalu mak aku masak), tapi ehhh lain pula jadi dia. Tu yang terciptanya resepi sup telur. Bolehlah makan untuk sahur.

Bahan - bahan dia senang je. Semua bahan yang simple.
1 biji bawang besar (nak guna bawang merah boleh, bawang holland tu pun boleh juga).
1 biji bawang putih 
1 inci halia
1 kuib ayam
cili api sikit (kalau nak pedas, letaklah banyak sikit)
minyak masak
garam secukup rasa
air 
Telur (ikut suka nak letak berapa telur dalam tu).

Cara memasak
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar/merah, bawang putih, halia dan cili padi yang dah dihiris halus. (Tumis hingga naik bau).
2. Masukkan air secukupnya.
3. Masukkan kuib ayam & garam secukup rasa. Tunggu dia mendidih rata.
4. Kemudian masukkan telur. 
5. Tunggu telur tu masak dan mendidih rata.
6. Boleh hidangkan dan makan.

Simple kan? 
Benda simple - simple macam ni je aku tahu masak. Yang masakan heavy - heavy tu belum belajar lagi, huhu.

Ok done. Publish (setelah berjam - jam update baru publish. Tadi dok meralit bluetooth gambarlah apalah, sampai lupa nak update entry).
So oklah. Dah malam. Selamat malam.
Assalamualaikum =)

You Might Also Like

3 comment di sini.