Al - Quran Humairah

Farah
0


Assalamualaikum =D

Hai semua.

Sekarang ni dah banyak Al - Quran yang cantik - cantik dan dihiasi dengan pelbagai corak, pelbagai warna, siap ada hukum tajwid dan terjemahan. Tujuan dia hanya satu, untuk menarik perhatian para pembaca untuk memupuk budaya membaca Al - Quran di kalangan umat Islam di Malaysia ini.

Pada aku tujuan diorang ni memang bagus. Niat diorang murni nak semua umat Islam mengamalkan bacaan Al - Quran.

Even aku pun tertarik kot dengan Al - Quran yang comel - comel tu. Adalah beli satu.



Bukan sekadar beli je. Tapi kena baca dan amalkan.
Walaupun sukar pada mulanya, tapi cuba.
Cuba untuk membaca Al - Quran dan terjemahannya.

Kalau tak sempat nak baca tiap - tiap waktu (dalam solat fardhu),
cubalah cari waktu yang sesuai untuk kita baca Al - Quran ni,
tak lama pun...Paling lama 10 hingga 15 minit je.
Cubalah amalkan, Insyallah kalau kita amalkan Allah akan permudahkan everything,
Apa yang kita nak buat tu rasa mudah je...


Mula - mula memang susah nak amalkan baca Al - Quran ni,
tapi kita kena ada usaha nak cuba sesuatu tu,
Insyallah bila kita ada usaha, Allah akan permudahkan everything.

Bila baca Al - Quran ni, banyak sangat kebaikan yang kita dapat,
antaranya hati kita akan rasa tenang,
Hati macam rasa gembira,
dan macam - macam lagi...

Antara kelebihan orang membaca Al - Quran
1.Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali . 


2. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga . 

3. Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

4. Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat . 

5. Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela . 

6. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga . 

7.Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat . 

8. Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin . 

9. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka . 

10. Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit .
 
sources - click here
Aku pernah terdengar Imam Muda Asyraf cakap dekat Sinar FM,
Kalau kita tengok Al - Quran pun kita dah dapat pahala, apatah lagi kalau kita baca Al - Quran.


Diharapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat pada diri huda sendiri dan semua.
Sharing is caring...
Terima kasih sudi singgah dan baca entri huda kali ni,
Salam =)

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !