Program Bersama Kanak - Kanak Terencat Akal (Part 1)

9:15 AM



Assalamualaikum,=D


And hai. 
Alhamdulillah dah hampir 3 minggu aku di sini. Dah hampir 3 minggu juga kelas untuk short semester ini telah bermula. Dan dalam masa yang sama, kami telah pun diberi tugasan/ assignment untuk setiap subject yang kami ambil. Untuk semester ni, mungkin tidak seperti semester biasa. 

Jika kebiasaannya, assignment yang aku terima adalah tentang kes study, tapi tidak untuk kali ini. Memandangkan semester ini aku telah memilih Subject Kaunseling dan Kerja Sosial sebagai salah satu subject elective untuk short semester, jadi assignment kami juga mestilah berkaitan dengan kerja sosial. 

Majoriti group dalam kelas kami telah memilih 'rumah anak - anak yatim' sebagai tempat untuk mereka buat kerja sosial atau kerja amal. Tapi tidak untuk kumpulan kami. Mungkin ingin sedikit kelainan, jadi kami bersepakat untuk memilih Rumah Kanak - Kanak Terencat Akal sebagai tempat kami untuk membuat program sosial ini. 

Jumaat lepas, aku dan beberapa orang ahli kumpulan kami, telah berkunjung ke rumah tersebut dengan tujuan ingin menghantar proposal kami. Baru selangkah kami menjejakkan kaki di situ, pelbagai aksi, gaya dan tingkah laku mereka yang dapat kami lihat dari mata kasar kami. Sungguh, hati mana yang tidak sedih jika berada di situ.

Di sinilah tempat mereka berteduh, di sini juga rumah mereka (rumahku syurgaku).
Di sini mereka saling bergaul sesama mereka.
Di sini mereka di jaga dengan begitu baik oleh beberapa penjaga yang memang ditugaskan untuk menjaga mereka.


Sebelum pergi ke sini, aku asyik terfikir bagaimana keadaan mereka sebenarnya. Yelah, bila kami membuat panggilan sebelum kami datang ke sini, kami telah dimaklumkan bahawa penghuni rumah tersebut dalam lingkungan 17 tahun hingga 54 tahun. Dan aku sendiri berfikir, bagaimana kami mahu membuat aktiviti bersama mereka,kelak. Berhari - hari kami survey, Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami menyediakan beberapa aktiviti untuk mereka. Antaranya adalah chicken dance, tiru aksi saya dan bermacam lagi.

Bila berada di sana, aku perhatikan perangai mereka tidak ubah seperti seorang kanak - kanak biar pun umur mereka sudah melebihi 30 - 50 tahun. Kelihatan, mereka sangat gembira mendapat kunjungan kami. Bila di ajak bergambar, mereka disuruh oleh penjaga rumah tersebut untuk duduk berkumpul, mereka turuti. Bila aku cakap pada mereka untuk buat peace, mereka buat. Bila di suruh senyum, mereka pun senyum. 

Aku asyik teringat pada seorang auntie yang juga merupakan penghuni di rumah tersebut. Umurnya dalam lingkungan 40 - an. Ketika kami selesai melihat keadaan di rumah itu, ada seorang auntie memanggil, manggil kami. Dia menghulurkan tangannya, kami menyambut huluran tangan tersebut. Saat itu dia menggengam tangan kami. Ketika itu, kami mula berasa sebak. Di suruhnya kami duduk di hadapannya, kami turuti. Dan dia masih lagi menggengam tangan kami. Ketika itu juga, dia menunjukkan teddy bear yang berada di tangannya. Dia berbual - bual dalam bahasa yang sukar untuk kami fahami, sambil menggajukan teddy bear yang berada di tangannya kepada kami. Mungkin dia cakap teddy bear tu comel dan kami pun mengiakan sambil memberitahunya, 'ya, comel'. Kelihatan dia tersenyum. Ketika itu dia masih lagi menggengam tangan kami dan sukar untuk dia melepaskan genggaman itu, sehinggalah kami sendiri yang melepaskan genggaman tangan itu dengan cara yang lembut. Auntie, jumpa next week ok, kita buat aktiviti sama - sama tau =) . p/s: Menurut penjaga rumah tersebut, auntie itu telah menganggap teddy bear di tangannya itu adalah seorang bayi, jadi jangan sesiapa berani ambil teddy bear (atau bayi itu) daripada auntie tersebut. Kang dia menangis, susah nak di pujuk.

Alhamdulillah, mereka tidak putus menerima kunjungan daripada orang ramai. Menurut penjaga di rumah itu, sudah banyak institusi yang datang melawat mereka dan membuat aktiviti bersama mereka. So...Next week kami pula yang datang berkunjung sambil buat aktiviti dengan mereka. See you next week, auntie and uncle =)

Pergi tepi pantai pakai id pelajar, haha.
Selesai sahaja sesi berkunjung ke Rumah Kanak - Kanak Terencat Akal, Kuantan yang berada di sekitar Teluk Cempedak. So kami mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di Pantai Teluk Cempedak. Peh rasa tenang sangat ada dekat situ. Rasa macam hilang sebentar 1001 masalah. Tenang gila weyh...


Selesai singgah di Pantai. Singgah sebentar di Giant. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke Muadzam Shah. Jauh juga perjalanan kami, tapi Alhamdulillah semuanya di permudahkan.

Done.
Alhamdulillah, thanks sebab singgah baca entry yang agak panjang ni. Maklumlah dah lama sangat kot tak update blog, rasa rindu nak menaip. Alih - alih, taraaaa dapat pula habiskan satu entry yang agak panjang ni.

Insyallah, next week huda update lagi kisah program bersama Kanak - Kanak Terencat Akal (Part 2). 

You Might Also Like

0 comment di sini.