Hati ada dekat rumah

Thursday, March 26, 2015


Assalamualaikum,=D

Hai semua. 
Dah hampir sebulan tak balik rumah rasa macam rindu je dekat family. Haisyh. Kalau dekat dah lama aku balik. Kalau dulu belajar dekat Johor, tiap dua minggu sekali aku balik rumah. Dah nama pun rumah dekat Johor. Tapi sekarang, kalau balik naik bas or driving makan masa hampir 5 jam hingga 5 jam setengah. Tak larat nak naik bas dua minggu sekali, pula tu menghabiskan ongkos - nya saja. Rindu weyh! Dalam rindu keluarga, aku rindu juga dengan masakan mak aku. Haha. 

This week ingat nak balik. Tapi ada program & mid term, so terpaksa cancel niat nak balik rumah tu. Padahal hati dah memang ada dekat rumah, sebab niat memang nak balik dari last week lagi. Dah goyang - goyang dah hati ni bila ingat family.

Stress. Memang agak stress dekat sini. Tapi stress macam mana pun, hati kena kuatlah. Hati kena kental. Fikir nak naikkan pointer, fikir nak graduate dengan kelulusan yang cemerlang one day, Insyallah. Dan sebab tu hati kena kuat. 


miss my family badly. 
#missmyfriendsseriously
ok bye 
=D

You Might Also Like

1 comment di sini.

  1. jiwa yang penuh rasa rindu bila berjauhan itu satu nikmat..

    ReplyDelete