Persediaan Sambung Belajar (PART 2)

Tuesday, October 07, 2014


Assalamualaikum,=D


Alhamdulillah segala urusan berkaitan dengan document - document penting untuk di bawa ke kolej nanti sudah selesai di isi, di tanda tangan oleh ibu bapa, di tanda tangan oleh saksi dan sudah selesai mendapatkan pengesahan dari beberapa orang pegawai kerajaan. Untuk mendapatkan pengesahan dari orang yang bekerja under kerajaan ni tak susah. Senang je. Pergi sekolah dan jumpa guru counseling, beberapa minit kemudian segala urusan berkaitan dengan pengesahan sudah selesai. Senang, mudah dan simple. Bila semua urusan dah selesai, hati jadi gembira sebab segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan, Alhamdulillah =D.

Bila dah selesai semua urusan, huda pun pergi cuci mata sambil - sambil cari tudung bawal untuk event hari Jumaat dan Sabtu ini. Punya lah round the world ( round satu pasar raya tu kan), last - last barulah huda jumpa warna tudung bawal yang huda nak, hehe. Alhamdulillah. 


Tepat jam 12 tengah hari, baru hati rasa lega sikit bila semua urusan sudah selesai dan barang yang ingin dicari juga sudah dibeli. Bila dah selesai semuanya, barulah ada 'mood nak makan'. So hari ni late 'breakfast'.
Just sempat perkena kaya ball dan lemon tea je. Kejap lagi baru lunch, haha.


Ok selepas selesai urusan document ni, tinggal siapkan segala kelengkapan diri selama berada di sana nanti. Wish me luck =D. Ok, dah sampai sini sahaja entry kali ini. Nanti huda sambung tulis lagi ok. Terima kasih kepada semua yang baca entry kali ni...

Nota kaki.
Tadi pagi masa tengah drive, huda dengar berita ringkas dari siaran radio Hot FM (in around 9.30 pagi macam tu kot). Dalam berita tu ada bagitahu "selfie semasa memandu adalah satu kesalahan". So the point is, jangan ambil gambar selfie semasa tengah memandu ye. Selain tu, masa memandu juga jangan pegang phone langsung, ni untuk keselamatan diri sendiri << nasihat ringkas untuk diri sendiri dan semua, hihi.



You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. selamat belajar kembali :)
    pegang phone masa memandu memang bahaya, kalau boleh , elakkan la. hee :)

    ReplyDelete
  2. Selamat sambung belajar =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete