Tutorial : Tutorial dan Tips untuk Setting Comment dalam blog

8:00 AM


Assalamualaikum,=D


Dah lama sangat tak buat tutorial dan tips blog ni,kan? So hari ni huda nak buat satu tutorial dan tips tentang cara untuk setting comment dalam blog. 

1. Setting Word Verification.

Word Verification yang selalu ada dekat comment box.
Before nak comment dalam satu - satu entry, mesti ada benda ni.
Kadang - kadang ada blogger yang tak suka dengan benda ni. Sebab nak comemnt macam kena buat
2 atau 3 kerja. Untuk memudahkan blogger lain tinggalkan comemnt dalam blog korang, sila buang word verification ini.

Cara nak buang word verification dalam blog.
1. Dashboard > Setting > Post and Comment 
2. Tengok dekat bahagian 'comment' dan cari 'show word verification' dan pilih 'NO'.
3. Tekan button save dan selesai.
*So lepas ni dah tak adalah word verfication dalam blog dan ianya memudahkan lagi sesiapa je nak comment dekat blog korang tu*.

2. Comment Location.



Boleh pilih mana - mana antara 3 yang korang nak- Embedded,Full Page dan Popup Window.
Cuma jangan pilih Hide jelah, sebab nanti susah pula orang nak comment korang punya entry.

Cara nak setting comment location pun sama saja dengan setting "show word verification'' tadi.
1. Dashboard > Setting > Post and Comment > Comment Location.
2. Kemudian pilih setting, sama ada nak Embedded, Full Page atau Popup Window.

3. Comment Moderation (awaiting comment moderation).
Fungsi dia.
Kalau ada orang comment dekat blog kita, kita boleh baca dulu dan baru approve comment tersebut. Pada huda, langkah ni boleh mengelakkan mana - mana comment 'yang tidak sepatutnya' di publish dalam blog. 

Cara nak setting, pun lebih kurang sama dengan no 1 dan no 2.
1. Dashboard > Setting > Post and Comment > Comment Moderation.
2. Pilih - Always, Sometimes, Never.

Nota 
Always - setiap kali comment masuk, memang automatic korang akan baca dulu baru publish. 
Sometimes - Ikut bila korang nak tengok kot rasanya,hihi. Sebab huda tak pernah guna setting ni. Sorry.
Never - Yang ni memang terus je masuk dalam blog tanpa di approve oleh owner blog dahulu.


Sekadar berkongsi tutorial dan tips blog sahaja.
Dan harap dapat membantu semua blogger, terutamanya newbies (new blogger).
Selamat Mencuba.

You Might Also Like

2 comment di sini.

  1. sebelum ni guna g+ comment (comment masuk emel terus, jadi alert), tapi ade blogger yang takde g+ so tukar pada komen biasa dan buat awaiting moderation..betul2 membantu supaya xde komen yang terlepas pandang. TQ huda for the tutorial.

    ReplyDelete