Review Novel : Mr London and Mrs Langkawi

Monday, September 22, 2014


Assalamualaikum,=D


Ok. Memandangkan dah lama aku tak review novel, so hari ni aku nak review satu novel. Al - kisah, novel ni dah lama sangat aku beli dan baca, tapi baru je nak review. Sebab?

Ha, sebab inilah puncanya...
Mr London dan Mrs Langkawi akan diadaptasikan menjadi sebuah drama bersiri tidak lama lagi.
So, kalau nak more information, korang bolehlah terus pergi ke SINI
p/s:Credit to Kak Herna Diana - novelis Mr London and Mrs Langkawi.


Buat masa ni baru 4 novel Kak Herna Diana yang pernah aku langgan. Bulan October nanti akan keluar lagi satu novel, tajuk novel terbaru adalah - Sayangku Cik Tiramitsu (yang ni nanti aku beli,hehe).

Dah lama cek beli novel ni. Tahun 2013 (bulan bila tu cek lupa, maaf ye).
So dekat bawah ni sinopsis novel ni...

Review.
Satu hari Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wan - nya. Tiba - tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?

Liyana atau 'Liyana The Samseng' ni adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan juga, kiranya depa ni sepupu lah. Tapi dah nama Liyana The Samseng, so korang faham jelah karekter dia macam mana dalam novel ni. Di Langkawi dia bekerja sebagai salah seorang tour guide, kalau tak silap akulah. Walaupun begitu dia ni, seorang yang digambarkan cool,bersahaja dan sangat nakal tapi hatinya baik dan hormat pada orang tua.

Kesimpulannya bila Mr London berjumpa dengan Miss Langkawi, bagai anjing dengan kucing. Seorang ke timur dan seorang lagi ke utara. Satu hari ditakdirkan mereka bersama...Apakah yang bakal berlaku di antara mereka berdua? Nantikan ye. p/s:beli novel je senang,hihi.

Comment huda tentang novel ni.
>> Tak kering gusi, ada je rasa nak gelak bila baca scene Liyana The Samseng.
>> Novel nilah kot yang buatkan aku nak pergi Gunung Mat Cincang tu,hihi.
>> Novel ni, dia ada daya tarikan sendiri untuk para pembaca. Nak tahu macam mana? Cuba beli satu,mesti korang tahu nanti =D

(drama adaptasi)

You Might Also Like

7 comment di sini.

  1. seronoknya baca novel ye huda, mama tak sempat dah.. bz dengan anak-anak..

    mama tag huda ni..

    http://www.mamaniza.com/2014/09/first-segmen-jom-tambah-kawan-by-lieya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee...seronoklah ma. tapi kalau ada masa lapang baru sempat baca =).
      Ok thanks ma tag...

      Delete
  2. macam best ja..lama tak baca novel..

    ReplyDelete