Hari bahagia - 10 October ini

1:00 PM



Assalamualaikum,=D

Hari Bahagia, bukan bermaksud hari nak bertunang atau berkahwin tau bagi aku dan rakan - rakan. Hai ceh. Belum tiba masanya untuk kami menamatkan zaman bujang,haha. Tapi sebaliknya, hari bahagia bagi kami adalah bila kami secara rasminya menjadi salah seorang pemegang diploma dalam jurusan masing - masing. Setelah hampir 4 tahun turun naik sendiri bersama dengan dorongan keluarga dan rakan - rakan, akhirnya kami berjaya memegang segulung diploma, Alhamdulillah.

10 October, itulah hari yang dinantikan. Harap segalanya berjalan dengan lancar nanti, Insyallah. Sekarang ni, semua orang sedang sibuk menguruskan persiapan masing - masing untuk mengisi segala borang yang dipinta, untuk membayar yuran dan mungkin 'siapkan' diri masing - masing juga. 


Alhamdulillah, segala borang sudah aku isi. Yuran dah bayar. 

So lepas ni, tinggal buat persiapan diri je...
hehe..
Harapnya semua akan berjalan dengan lancar nanti...

You Might Also Like

8 comment di sini.