Cerita Motivasi Nenek Tempe - Petikan dari Buku Motivasi Add Pahala Delete Dosa

Friday, September 26, 2014


Assalamualaikum,=D


Bismillahirahmanirrahim.
Salam Jumaat semua. Ok hari ni aku saja nak share dengan korang semua sebuah cerita motivasi yang sengaja aku copy and paste, dan cuba untuk meringkaskannya dari sebuah buku motivasi yang bertajuk "Add Pahala Delete Dosa" karya Mohd Razali Kamarudin.

Korang boleh dapatkan buku motivasi ini di mana - mana kedai buku yang berdekatan dengan tempat korang tinggal. Aku rasa kalau korang beli buku ni, serious tak bosan punya. Sebab pada aku buku motivasi ni sempoi gaya bahasanya dan ada daya penarikannya tersendiri. Oh ye, buku ni saja di tulis oleh penulisnya untuk tatapan para remaja dan juga para muda - mudi di luar sana. So...Jom kita hayati cerita ini.

Tempe ni boleh di masak dengan aneka resepi,so sebab tulah tempe ni laku je kalau jual dekat pasar, Kan?
Dan cerita motivasi ini ada kaitan dengan tempe, iaitu...
"Cerita Motivasi Nenek Tempe yang dipetik dari Buku Motivasi Add Pahala Delete Dosa (Bab 15)"


Cerita motivasi ini mengisahkan seorang nenek yang tinggal di sebuah kampung di pendalaman Pulau Jawa, yang menyara hidupnya dengan menjual tempe. Pada satu pagi seperti biasa, ketika sedang bersiap - siap ingin pergi menjual tempe, alangkah terkejutnya dia bila mendapati tempe yang diperbuat dari kacang soya itu kurang menjadi. Pada fikiran nenek itu, mungkin hanya sebilangan kecil sahaja tempe yang dibuatnya kurang menjadi. Eh, tup tup bila dia tengok balik, rupanya kesemua tempe yang dibuatnya masih belum menjadi. Nenek itu berasa amat kecewa. 

Biarpun berasa kecewa dia tetap ingat pada Allah. Lalu dia menadah kedua tapak tangan seraya berdoa "Ya Allah aku memohon kepada -  Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Bantulah aku Ya Allah, Amin,". Biarpun doa itu ringkas, tapi nenek itu meletakkan seratus peratus kepercayaannya terhadap Allah dan yakin sekali Allah akan mempermudahkan segala urusan baginya. 

Selesai berdoa, terus sahaja dia membuka sebungkus tempe untuk melihat keajaibannya. Ternyata tempe tersebut masih lagi belum menjadi. Dia tidak berputus asa, sekali lagi dia memohon doa dengan penuh keyakinan terhadap Allah dan dia berharap sekali lagi doanya diperkenankan. Selesai berdoa, sekali lagi dia melihat keajaiban yang mungkin bakal berlaku pada tempe tersebut. Ternyata tempe itu masih belum menjadi lagi. 

Hari semakin menjelang siang, nenek itu tetap kuatkan semangatnya untuk terus menjual tempe itu di pasar. Sepanjang perjalanannya menuju ke pasar, dia tidak putus berdoa kepada Allah agar tempe itu menjadi setibanya dia dipasar nanti. Setibanya di pasar, sepeti biasa nenek itu akan terus meletakkan barang - barangnya. Kemudian dengan penuh keyakinan dia membuka semula bakul yang berisi tempe itu, alangkah terkejutnya dia bila melihat tempe yang dibuatnya masih belum menjadi. Nenek itu masih lagi berasa amat kecewa. Biarpun begitu nenek itu tetap berfikiran positive dan yakin bahawa tempenya akan terjual jua,kelak.

Dia melihat keadaan sekeliling, kelihatan tempe - tempe yang di jual orang rakannya di sebelah kanan dan kiri, ternyata sudah habis di borong oleh pelanggan mereka. Tetapi tidak baginya, tempenya itu masih belum lagi terjual. Sedang dia leka memerhati sambil tidak putus memohon doa pada Allah, seorang wanita tiba - tiba menegurnya dan bertanyakan sama ada beliau ada menjual tempe yang masih belum menjadi atau tidak. Lalu nenek itu mengiakan persoalan wanita tersebut. Dan akhirnya wanita itu memborong kesemua tempe yang masih belum menjadi daripada nenek itu. Nenek itu berasa amat gembira dan dalam masa yang sama dia juga berasa pelik, mengapa wanita itu masih mahu membeli tempe yang dijualnya, sedangkan tempe itu masih belum menjadi.

Dengan berani, nenek itu bertanya pada wanita tersebut. Dan wanita itu pun jawab, yang dia mahu hantar ke semua tempe itu kepada anaknya yang belajar di UK. Katanya lagi jika dia menghantar tempe yang sudah menjadi, nanti busuk pula setibanya di sana (UK). Dan sebab itu lah dia memilih untuk membeli tempe yang masih belum menjadi daripada nenek itu. Akhirnya, tempe nenek itu laku diborong wanita tadi. Alhamdulillah. Nenek itu berasa sangat bersyukur dan gembira kepada Allah yang telah memakbulkan doanya.

Tamat.

Sampai di situ sahaja kisah seorang nenek yang menjual tempe. Kita boleh lihat di sini, di mana Nenek itu sentiasa berfikiran positive dan meletakkan seratus peratus kepercayaannya pada Allah, juga beliau yakin Allah akan membantunya jua. Menurut cerita buku motivasi(Add Pahala Delete Dosa) ini pula,kita dapat lihat nenek itu selalu 'online' dengan Allah. Buktinya dia tidak jemu berdoa serta sangat yakin bahawa doanya didengari oleh Allah. Dari semasa ke semasa, nenek itu juga selalu 'upgrade' isi kandungan setiap doanya. Dia berdoa dan terus berdoa. Dia amat yakin pada Allah dan beliau kuat mengatakan tiada yang mustahil bagi Allah.

Kit Tindakan Mudah Amal.
Apabila di uji oleh Allah, mohonlah bersungguh - sungguh supaya Allah permudahkan dalam kita menghadapi Ujian yang di turunkan kepada kita. Yakin dan percayalah pada Allah sahaja yang dapat membantu kita lantaran ujian itu datang daripada - Nya. Dengan izin Allah, kita akan perolehi markah yang tinggi daripada ujian tersebut - kata - kata nasihat ini,dipetik dari buku Add Pahala dan Delete Dosa karya Mohd Razali Kamarudin.

Kisah motivasi ini sengaja di kongsi dalam laman blog ini untuk tatapan penulis blog sendiri dan tatapan pembaca blog juga. Harap kisah ini sedikit sebanyak dapat menjadikan kita pemangkin semangat untuk terus mendekatkan diri pada Allah, Insyallah.

Oh ye, kisah ini saja aku ringkaskan sedikit sebab serious kalau aku copy bulat - bulat dari buku ni memang panjang jadinya entry ni. So setelah di ringkaskan itulah hasilnya (seperti yang korang baca tadi). Apa - apa pun, terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca kisah motivasi ini. Harap ianya bermanfaat buat semua.

Credit to - Penulis Buku Motivasi Add Pahala Delete Dosa, Mohd Razali Kamarudin.


You Might Also Like

0 comment di sini.