Cara - cara nak buat penanda buku design I am Nikon

Wednesday, September 10, 2014



Assalamualaikum, =D

Selamat pagi. Annnyeonghaseyo. 
Sejak dua tiga menjak ni, berderet aku update entry #cabaran30hari yang dianjurkan oleh #kelabbloggerbenashaari. Saja je nak join sebab salah satunya bolehlah kasi idea untuk maintain update setiap hari, biarpun satu hari satu entry dan sekaligus boleh blog walking dan kenal - kenal dengan blogger lain melalui cabaran 30 hari ni juga. Kalau korang nak join cabaran ni, korang boleh singgah dekat blog mamaniza ataupun group FB #kelabbloggerbenashaari untuk tahu bagaimana cara nak join cabaran30hari ni. 

Alamak....Dah 'tersasul' jauh pula, alahai... Tulah bila huda dah mula menaip sesuatu memang gini jadinya =D. Dan berbalik pada cerita asal. Oh ye, entry dah lama di simpan dan di 'draft' kan dalam list entry huda tu, tapi entah kenapa baru hari ni aku sempat nak publish dalam blog. Entry ni adalah salah satu tutorial nak buat penanda buku yang paling simple in the world. Semua orang boleh cuba dan boleh buat.

DIY (do it yourself) <--Bila datang 'mood' ni aku pun gigih jee nak try something yang aku rasa nak buat. La hai, tapi yang simple - simple jelah kekdahnya, sebab aku ni bukan 'pakar' diy pun. Setakat suka - suka dan saja je nak cuba buat sesuatu. So kali ni aku saje je nak try buat penanda buku 'I AM NIKON', memandangkan dah design ni yang tengah hot sekarang. Macam pisang goreng pun ada, sana sini orang dok beli baju apa semua. Oh ye cakap pasal baju I am nikon aku ada jual tapi ikut batch lah ye. Sekarang ni batch 12 sedang dibuka, so kepada korang yang nak order tu bolehlah order sekarang sebab esok (11/9) dah tarikh tutup pre - order. Untuk order kindly, visit our instagram @hudapunyablog >> CLICK SINI.

So let's start our first season. 
Cara macam mana nak design I am Nikon ni.

Cara nak design dia simple sangat, guna photoscape pun boleh. Tapi....Kalau buat guna photoshop lagi 'smart'.. So, ikut korang nak guna software yang mana. Time ni huda guna photoscape je memandangkan hari tu nak download balik portable cs4 asyik tak boleh memanjang. Last - last aku deside guna software mana yang ada je dalam laptop tu...

Dan sekarang aku akan tunjuk pada korang macam mana nak design penanda buku menggunakan software photoscape je ok. Tapi kalau nak tengok cara design penanda buku dengan mengguna photoshop, korang boleh singgah sini --> Cara Design dan Buat Penanda Buku Sendiri
.
Cara nak design penanda buku I am Nikon
>> Pertama korang kena cari dulu gambar/background yang palinggggg korang suka.
>> Kedua, buka photoscape > editor > transfer/add/masukkan gambar atau background yang korang dah cari tadi.
>> Ketiga, kalau gambar/background korang cari tu besar. Kecilkan/crop gambar tu dulu ok.

Bila dah crop. Result dia seperti di atas...

So sekarang masa untuk korang edit gambar. Suka hatilah nak buat effect macam mana sekalipun, design ikut suka je. Asal hati rasa senang dah cukup. 

dan ini result dia...

Follow instruction dalam gambar di atas...
*yang point no 3 (pilih warna) tu sebenarnya, korang boleh pilih warna apa - apa yang korang minat. 

Cara untuk save gambar.
Tekan button SAVE di sebelah kanan di bahagian bahagian bawah page editor dekat photoscape.

Ok dah siap sebenarnya...
ni design masa first time aku try buat.
So selamat mencuba. 


Cara nak buat penanda buku.
Tu baru siap design.
Lepas design kena print pula.
So...Print je macam biasa. 
Nak print guna A4 paper biasa boleh. Guna kertas A4 yang keras sikit tu pun boleh. Guna kertas print gambar pun boleh juga. Mana - mana je semua boleh.

barang - barang yang diperlukan ...
>> Design yang korang buat tadi.
>> Gam 
>> Gunting
>> Kertas A4 yang keras sikit
>> Puncher
>> sedikit tali/reben (kalau nak guna untuk perhiasan,katanya)

Huda print dekat kertas A4 yang biasa dulu, kemudian baru tampal dekat kertas A4 yang keras sikit. 

So lepas dah gunting + tampal siap. Tang ni dah siap dah sebenarnya. Tapi kalau korang nak letak tali/reben, boleh je). So kalau gitu kekdahnya, tebuklah lobang hujung penanda buku yang korang buat tu dan kemudian letaklah reben/tali.

Tadaaaaaa. Dah siap pun.
Eh...Eh...Ada gambo Jang Guen Suk lah kat situ, hahaha :P

p/s:gasaklah semua gambar yang aku upload berlatarkan warna pink. La hai. jangan sakit mata sudah, hehe.



Done.
Selamat Mencuba =D
*sharing is caring*

You Might Also Like

19 comment di sini.

  1. wah.. menariklah idea ni.. lagi best buat sendirikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. Buat sendiri lagi rasa macam puas, haha =D

      Delete
  2. cantik dan menarik...
    jemput join G.A saya :)

    http://therylisanurulain.blogspot.com/2014/08/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Insyallah kalau ada masa huda join k =D

      Delete
  3. Wahh syiokk kan aktiviti D.I.Y ni, suke3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tau takpe...syok dan rasa puas bila buat sendiri =D

      Delete
  4. kreatif kan awak ni huda... dulu mama edit blog pun carik kat sini lah... tuto mudah faham dan simple.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama, biasa je. Thank you sebab jadikan tutorial huda sbg rujukan mama utk edit blog =D . Huda pun selalu singgah blog mama dan baca semua entry baru mama. Entry mama sempoi =D

      Delete
  5. cantik..rajin betul... nak try tapi kurang rajin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you, takpe nanti kalau ada masa boleh cuba buat,hehe =D

      Delete
  6. Alahaiii rajinyalah buat penanda buku.

    p.s : singgah dan follow. ^^

    ReplyDelete
  7. Simple dan cantik dik Farah....nak 1 boleh....hehe

    ReplyDelete