Ini kisah percintaan mereka

Saturday, July 19, 2014


Assalamualaikum, =D


Aku dan dia di satukan atas kemahuan keluarga.
Klise? Yes, memang. 
Tapi andainya anda tahu, kami punya cerita cinta tersendiri. 
Ini cerita aku dan dia.

salah satu cara nak mencari mood semasa menulis adalah dengan mendengar lagu yang berentak perlahan dan tidak membingitkan telinga.
=D


Sedikit teaser - karya huda (tajuk masih sedang difikirkan lagi).
Bab3

Selepas memastikan kelas kosong, Hazieqa terus mengemas barang – barangnya dan bergerak menuju ke bilik guru. Dalam perjalanan ke bilik guru yang terletak di blok Amanah, tiba – tiba telefon bimbitnya berdering dengan nyaring sekali. Lantas Hazieqa mencapai telefon bimbitnya dari dalam tas tangan lalu tanpa melihat siapa si pemanggil dia terus menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum,”sapa Hazieqa tenang.
Si pemanggil sepi. “Siapa ni?” tanya Hazieqa. Si pemanggil terus menyepi tanpa sebarang kata – kata. “Siapa ni?” tanya Hazieqa lagi, kali ini sedikit tegas.

“Wa…waalaikummusalam,” jawab si pemanggil.

Lelaki? Ya, suara lelaki. Pantas Hazieqa melihat nama si pemanggil. Private number? Siapa ni? “Siapa ni?” tanya Hazieqa sekali lagi dengan nadanya yang tegas. Dalam diam dia cuba menenangkan hatinya.

“Sa…Saya tunang awak,” blurp…. air liur ditelannya.Rasa macam nak pengsan dekat koridor ni bila mendengar perkataan ‘tunang'. Ya Allah, kenapa dia harus call aku time – time macam ni........

[bersambung]

truth-writing-quote
Exactly. And it always happened to me.....


You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. saya nak tggu sambungan dia ni. heeee

    jemputlah ke sini
    Sila singgah dan baca tiada penyesalan kalau baca ! http://polovin-mylife.blogspot.com/2014/07/halal-dan-diyakini.html

    ReplyDelete
  2. jom klik2 nuffnang...sama2 kita bantu membantu :) salam ramadan n selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. terbaek. smoga mendapat ilham yg mencurah ruah.. hehe


    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. teringin nak baca sambungannya..
    btw,baru follow sini dari link syiralokman :)

    ReplyDelete