Bakat dan Dakwah

10:00 AM


Assalamualaikum, =D


Ok sebelum aku start tulis something, aku akan lebih selesa dengar lagu yang aku suka dengar. 
Sekarang ni, lagu yang aku suka dengar is - You are the one from Raef >>meh sini TEKAN SINI dan dengar lagu terbaru dari Raef - You are the one.


Bismillahirahmanirahim. Let's start our first entry today (yelah lepas dah sehari dua tak updated, hari ni barulah aku beria nak updated entry baru dalam blog aku ni), dan kalau rajin malam nanti aku update lagi satu entry. Entry kali ni aku nak cerita tentang "bakat dan dakwah". First of all, thank you dekat kawan aku sorang tu sebab share video tentang "ceramah Ustaz Don Daniyal - Ceramah Metodologi Dakwah" ni pada aku. Best! =D.

Allah kurniakan bakat pada tiap - tiap hambanya. Cuma kadang - kadang kita tak nampak bakat kita dan kadang - kadang tu kita tak asah bakat yang kita ada. Kita takut, takut sebab mungkin orang tak akan terima apa yang kita buat. 

Macam mana nak tahu kita ada bakat. Fikir apa yang korang suka buat dan apa yang korang minat. Satu je yang aku selalu fikir - minat tu datang dari kita, dari minat tu tercetusnya satu idea, dari idea tu akan terhasillah apa yang kita nak kan sebelum ni. Insyallah. Bila kita yakin pada diri and yes, orang pun akan yakin pada kita. Cari kekuatan diri sendiri untuk ketengahkan bakat kita. Cari semangat kita sendiri dengan tengok semangat orang lain, atau dengar ceramah ke, baca kata - kata semangat dan pelbagai lagi yang kita boleh buat untuk cari semangat diri sendiri. Selain tu cari siapa yang selalu akan beri korang semangat. Alhamdulillah, dalam minat aku ni, family dan kengkawan aku support aku. Faktor tu juga buat kita lebih semangat untuk buat something yang kita minat.Dalam kesibukan kita buat sesuatu yang kita suka, satu je .... Jangan tinggal solat dan jangan lupa untuk berdoa, meminta dan memohon pertolongan Allah. 

Pertama - Cari mana - mana buku yang boleh menolong kita dalam mengasah lagi bakat yang kita ada (contoh,gambar dekat atas ni adalah antara koleksi yang dapat membantu aku sekarang ni. Alhamdulillah).
Kedua - cari mana - mana sumber yang boleh korang hantar korang punya "karya". Contoh, kalau korang pandai menyanyi dan nak asah lagi bakat korang tu, masuk mana - mana pertandingan nyanyian yang ada dekat Malaysia ni atau hantar korang punya lagu tu dekat mana - mana syarikat rakaman. 

"Apa - apa pun yang kita buat kena yakin pada diri sendiri"

Kalau aku. Aku tak tahu mana datang minat untuk aku terus menulis. Ya memang aku bercita - cita nak buat novel ke cerpen ke dan pulishkannya satu hari nanti. Tapi aku tengah cari lagi kekuatan diri aku ni, cari idea dan cari mood dalam nak hasilkan semua tu. Nak menulis bukan senang kak. Kena ada idea. Kalau tak ada idea, apa pun tak boleh. Kan. Tapi buat masa ni satu - satu benda yang aku teruskan adalah dengan menulis entry panjang - panjang dalam blog aku yang satu ni "http://nurfarahudahud.blogspot.com/" << dan sebab tulah aku suka luahkan "perasaan" aku dengan menulis. Sebab bila menulis ni aku rasa enjoy, rasa best.


sedang merangka "sesuatu", hehe =D
Dalam blog ni aku ada sertakan karya - karya yang aku dah buat, yang aku dah tulis sebelum ni (ni zaman jiwang karat punya tahap dok suka buat puisi ke apa ke, aku pun tak tahu nak bagi type apa dah, haha) - TEKAN SINI untuk baca beberapa karya aku. 


Panjang pula entry aku kali ni, haha. Nilah ceritanya bila mood dan idea menulis aku dah datang. Semua aku luahkan dalam entry ^_^ . Ok berbalik pada cerita "bakat dan dakwah". Dekat bawah ni, korang boleh tengok video ceramah dari Ustaz Don Daniyal tentang Metologi Cinta (yang menceritakan tentang bakat seseorang). 



"Jangan lupa asah bakat.Jangan buang masa"


Dan dekat bawah ni pula adalah ringkasan dari ceramah Ustaz Don Daniyal.
Dari fanpage blog diri sendiri >>TEKAN SINI

Lagi satu...Eh tak habis lagi huda? Ok, lagi satu je...Kalau dengar mana - mana ceramah Prof Dr Muhaya, korang akan perasan yang dia akan cakap "jangan takut masa hadapan dan jangan pandang ke belakang lagi". So untuk mencapai apa yang kita nak, pandang ke depan je. Lantaklah apa orang nak cakap, yang penting kalau korang rasa benda tu betul dan baik untuk korang, buat je. Tapi ingat, perkara tu mestilah yang tak bertentangan dengan Islam. Ok.

Bak kata parents aku "even kita minat sesuatu tu, tapi kita kena cari kerja tetap". Yes, aku setuju sangat. Sebab bila fikir dua tiga empat ke lima kali, apa yang diorang cakap tu betul. Yes, even kita tengah belajar pun kita boleh teruskan minat kita. Even kita tengah bekerja pun kita boleh teruskan minat kita. Aku ambil contoh, seorang penulis novel. Dia seorang penulis novel, dah berapa banyak novel yang dia tulis but at the same time... Dia ada pekerjaan tetap. Dan menulis adalah kerja part time mereka. 

Oklah, dah berjela sangat aku tulis ni. Sekian....
Thanks baca entry aku kali ni =D
Salam.

You Might Also Like

2 comment di sini.

  1. wahh nice entry. thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  2. dekat blog ni pun boleh berdakwah gak.. ;)

    ReplyDelete