DIY - Kotak pensil dengan menggunakan pine wood stick

Thursday, June 26, 2014


Assalamualaikum, =D


So hari tu aku ada beli satu packet pine wood stick yang berharga RM 2.50 (dalam dia ada berapa entah, aku pun tak kira. Tapi tak silap dalam dia banyak jugalah kot). Dan tangan ni tiba - tiba gatal, konon - konon nak buat kotak pensil, entah jadi ke tak aku pun tak tahulah sebab this is my first time buat kotak pensil gunaa pine wood stick ni. So aku pun try and error jelah buat benda ni.

Berikut adalah 8 langkah yang aku dah ringkaskan untuk buat satu kotak pencil dengan menggunakan pine wood stick.
Di bawah ni pula adalah step - step yang lebih details yang mungkin dapat membantu korang semua dalam membuat kotak pensil idaman korang. 


Antara bahan - bahan yang perlu di gunakan sepanjang proses diy kotak pensil korang adalah seperti berikut.

1. pine wood stick
2. Selotape
3. Sampul hadiah
4. Gunting *
5. Double tape *
6. Beberapa helai keratan majalah *
* - maksudnya yang tiada di dalam gambar.

Satukan semua pine wood stick seperti gambar di atas. Cara - caranya seperti berikut.

1. Lekatkan satu persatu pine wood stick (masa proses lekat - melekatkan tu), korang kena tampal dengan selotape depan dan belakang pine wood stick, supaya ianya tidak mudah tertanggal. Lekatkan sehingga ianya menjadi satu seperti gambar dekat atas tu. 

2. Sediakan sehelai keratan majalah (gunakan majalah yang korang dah tak gunakan lagi). Kemudian balutkan dekat pine wood stick tu (hanya satu bahagian sahaja, satu bahagian lagi akan di balut dengan menggunakan sampul hadiah).

Selesai semuanya, betukkan perlahan - lahan pine wood stick tersebut menjadi satu kotak segi empat (seperti gambar di atas). 
Nota : Andai kata pine wood stick korang tu ada yang nak terbuka ke apa ke, tampal bahagian tersebut dengan selotep lagi supaya ianya tampak lebih kemas.

Step seterusnya, balutkan pula bahagian luar dengan menggunakan sampul hadiah. 

Nota : 
1. Potongkan sampul hadiah menjadi dua bahagian (gunakan separuh sahaja sampul hadiah sebab kotak tu kecil je).
2. Kalau korang nak nampak simple, just balutkan sahaja kotak pensil tu dengan menggunakan sampul hadiah seperti gambar nombor 1 (sebelah kiri).
3. Tapi kalau korang nak cantikkan lagi sampul hadiah tu, lipatkan sampul hadiah dengan cara korang sendiri seperti gambar nombor 2 (sebelah kanan).  Kemudian sampul seperti biasa. 

Ok dah siap! =D Yeah....
Eh sabar - sabar. Belum siap sepenuhnya sebab kita belum buat tapak dia lagi tau. 
Nota: Part ni kalau korang nak hias dengan pelbagai corak ke, atau nak tampal sticker ke, boleh je. Supaya ianya nampak lagi cantik. 

Sekarang ni nak buat dia punya tapak pula. Barang - barang yang diperlukan adalah...


1. Keratan majalah (cari majalah yang tak pakai ye).
2. Selotape dan double tape. 

Caranya. 
1. Gunting 2 atau 3 helai keratan majalah yang tak pakai. Kemudian tampalkan keratan tersebut menjadi satu dan mulakan proses lipat - melipat.

2. Lipatkan keratan - keratan majalah tersebut menjadi segi empat. Make sure korang mesti lipat mengikut saiz kotak tersebut. Ok.

Dah siap. Dan korang akan dapat hasilnya seperti gambar di atas. Kemudian, balutkan pula keratan majalah korang tadi tu dengan sampul hadiah. Supaya warna dia sekata. 

Yang tapak dia tu, kalau nak lagi kemas tampal gunakan double tape ye. Huda guna selotep je.
Ha, ni baru betul - betul siap. hehe =D
So macam mana? Senang ke tidak?
Ok. Selamat mencuba...

Yang ni pula project DIY huda yang lepas - kotak storage box (yang menggunakan kotak dan beg kertas yang tidak digunakan lagi).

Advantage DIY:-
1. Dapat menjimatkan cost.
2. Dapat buat something dengan creativity kita sendiri. Even benda tu macam jadi ke tak jadi, tapi bila kita sendiri yang hasilkan tetap rasa macam puaslah.

Dunia pink,hehe ^_^

Done. Thanks baca entry yang serba panjang ini. 

You Might Also Like

3 comment di sini.

  1. eh comel lah sume pink !
    comel comel comel :)

    ReplyDelete
  2. Rajinnya huda, Azwar minat gakk..tapi takde masa..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni tak busy, free. So tulah cuba - cuba buat DIY ni.

      Delete