cara nak edit blog cara paling simple

8:00 AM



Assalamualaikum, =D


Memandangkan aku dah lama tak updated entry pasal tips dan tutorial blogging, so hari ni aku rasa, aku nak amik masa sikit untuk buat satu entry tentang ni. Dalam satu entry ada 1 tips dan 1 tutorial sekaligus, iaitu tips dan tutorial macam mana nak edit blog paling simple.

Nak edit blog "cara yang paling simple" ni senang sebenarnya, kalau kita minat dan selalu explore pada sesuatu perkara tu. So dalam erti kata lain, nak edit blog sendiri kena ada minat. Sebab dari minat tu datangnya idea. Dari idea tu, tadaaaaaaa jadilah satu blog yang korang idamkan selama ni. Percaya tak?

Tapi satu je ... Kalau korang nak belajar edit blog ataupun mulakan sesi edit blog ni, korang kena betul - betul cari masa yang terluang. Sebab nak belajar edit blog, nak try edit blog sendiri ni bukan ambil masa 30 minit ke 1 jam je tau. Tapi ianya ambil masa berjam - jam lamanya untuk belajar dan terus apply dekat blog (maybe dalam 4 atau 5 tutorial dalam satu masa). Yes, its true. Tapi kalau yang dah jadi pakar editing tu, maybe paling lama pun dia ambil masa 1 - 2 jam je kot (aku rasalah, hehe).

Cara nak edit blog paling simple (secara basic).
Tips.
1. Kena ada minat.
2. Cari masa yang terluang untuk edit blog.
3. Cari idea macam mana korang nak design, nak edit blog korang nanti. 
4. Pilih template yang sesuai untuk blog korang (contohnya, template washed denim, simple template dan sebagainya) - TEKAN SINI
5. Kemudian, cari tutorial "macam mana nak edit sesuatu template" (template yang korang dah pilih tadi). Korang boleh cari tutorial tersebut dekat agent google je, senang (dekat situ semua ada. Cakap je korang nak tutorial blog apa).
6. Cari tips blogging sekali. Contohnya, tips "macam mana nak edit blog, macam mana nak cantikkan blog (for example). Pun sama, cari dekat google je.
7. Download mana - mana software yang korang perlukan semasa process editing. Contohnya, photoshop. Kalau ada photoshop ni senang sikit, nak buat header sendiri pun senang, atau nak design apa yang berkaitan pun senang juga.
8. Ok kena belajar dan fahamkan segala coding blog ni. Setiap widget dalam blog ni ada coding dia tersendiri. Contohnya, nak masukkan gambar dekat sidebar, unit visitor blog pun ada coding dia sendiri. Cari tutorial setiap widget dekat google, confirm ada.

Ni contoh coding untuk salah satu widget dekat sidebar yang ada dalam blog aku tu.
Tapi yang ni kira basic je dan sangat senang sikit. Yang pening sikit bila korang hadap ...


hadap, benda ni lah yang buat korang akan pening lalat masa nak edit tu.
p/s: Untuk edit blog korang akan guna Edit HTML ni dekat bahagian template. Takpe, banyak tutorial yang akan tolong korang fahamkan, macam mana nak edit blog dengan menggunakan edit HTML ni. Don't worry so much.

9. Kena tau basic keyword masa nak edit ni. Untuk memudahkan korang cari sesuatu code dalam edit HTML tu, tekan CTRL + F dan cari keyword. Sebab setiap widget ada keyword dia tersendiri. Contoh - keyword bahagian sidebar keyword nya adalah "h2" . So bila dekat edit HTML nanti tekan, CTRL + F dan cari "h2". Kemudian follow tutorial yang korang akan dah cari.

10. Nak hias blog kena main dengan warna. Macam kita ber - fashion. Kalau sentuh bab fashion, cara berpakaian, kita akan pilih baju, seluar atau kain dan tudung yang sesuai untuk di padankan supaya ianya tampak sesuai dengan kita. So benda tu relate sebenarnya. 

11. Lagi? Aku rasa tu je kot perkara yang basic dalam bab editing blog ni.

Nota.
Untuk point no 3 - macam mana nak cari idea edit blog. Ni cara aku cari idea macam mana nak edit blog ok (masa mula - mula aku minat dalam bab ni, beberapa tahun lepas). Pertama - tengok blog orang, blog walking. Bila korang minat sesuatu design dalam sesebuah blog tu, secara automatic korang akan jadikan blog tersebut sebagai contoh dalam masa korang edit blog ni. Ingat contoh. Jangan tiru design dia bulat - bulat ok. Memang cari pasal je kalau korang buat macam gini. Bahaya, baik jangan.

Lepas tu, korang mulalah cari tips dan tutorial macam mana nak edit blog macam tu. Masa aku nak cari idea ni, hampir setahun baru dapat (yelah, masa tu aku tengah belajar. Memang tak ada masa nak hadap benda - benda ni semua). Bila dah dapat, dah malas nak ubah lagi. Sebab benda ni leceh, hehe. Alhamdulillah, happy sangat bila dapat apa yang kita nak. So sekarang ni tinggal belajar bab - bab blogging yang lain pula.


Tutorial.
Ok. Kan korang dah pilih template yang korang nak untuk blog korang tu kan, (contoh : simple template, template washed denim dan sebagainya). So sekarang ni, dari template yang korang dah pilih tu, korang carilah tutorial yang berkaitan template korang tu.

Contoh. Sekarang ni aku guna simple template. So aku kena cari segala tutorial yang berkaitan dengan simple template. Dekat bawah ni antara beberapa list tutorial yang berkaitan dengan simple template.

1. Tutorial buang background pada header asal untuk simple template
2. Remove Navigation Bar untuk simple template.
3. Full border untuk simple template.

Setiap widget dekat blog ni semua guna coding. Setiap coding tu pula ada tutorial tersendiri. Untuk cari tutorial tu, korang explore google la senang. Sebab dekat situ, confirm ramai blogger yang dah updated -kan tutorial untuk korang semua. So senanglah kan.

Contohnya, korang nak design sidebar korang tu kasi lawa, kasi cun ... Ada banyak cara nak edit atau design korang punya sidebar. Salah satu caranya mungkin korang nak letak full border dekat sidebar korang. Contoh macam gambar dekat bawah ni ...

Yang ni pun guna coding juga tau. Cara buat dia pun senang, simple dan mudah.
TEKAN SINI untuk belajar macam mana cara nak buat full border dekat dalam blog.

Berikut adalah cara - cara macam mana aku edit blog dengan cara aku sendiri. Dan aku rasa tu je kot cara paling basic dan paling senang untuk kita follow. Andai kata, entry aku ni kurang lengkap (yelah sebab takut aku ter "miss" untuk updated ke kan), so korang boleh email aku directly - farah_gurlz92@yahoo.com. Insyallah mana aku boleh bantu aku akan tolonglah. 

Nota.
Aku faham untuk newbies ni memang agak susah sikit untuk faham benda - benda ni semua. Yelah macam aku cakap tadi, cari tips dan tutorial untuk edit blog ni. Sebab dari situ korang akan faham macam mana nak edit blog ni. 

Lagi satu. Jangan mudah give up masa nak edit blog ni. Sebab bagi newbies memang akan ambil masa yang lama sikit untuk faham bab - bab coding, bab - bab nak edit blog, bab - bab nak design header, footer dan sebagainya. Aku dulu pun newbies macam korang juga, kalau di tolak dan di tambah adalah, lebih kurang hampir dua tahun juga, untuk aku ambil masa belajar semua ni. Dan akhirnya .... baru dapat apa yang aku nak.

Tapi kalau dah susah sangat, dah pening sangat dengan coding tu .... Cara paling senang, upah je orang untuk edit blog kita. Cakap je design yang kita nak, Insyallah diorang dapat bantu korang. Dengan cara macam ni, korang jimat masa dan tenagalah. So tak payah susah - susah nak belajar edit blog semua, hehe. Ni cara paling simple lah.  

Conclusionnya.
Nak edit blog kena ada minat.
Nak edit blog kena rajin cari tips dan tutorial yang berkaitan.
Nak edit blog kena sabar.
Nak edit blog jangan give up.
Nak edit blog kena selalu try and error sesuatu tutorial.

Kecewa, sakit hati, sedih bila kita tak berjaya nak buat something. Gembira, happy, seronok bila kita usahakan tu berjaya. Concept nak edit blog ni sama macam concept masa kita belajar. Kalau kita nak lulus dalam sesuatu exam tu, kita akan belajar bersngguh - sungguh untuk kita capai apa yang kita nak. 


Ok. Rasa macam panjang sangat dah entry aku kali ni. Cukup saja sampai di sini ye. Kalau ada apa - apa yang aku tertinggal dan korang tak berapa nak faham boleh directly email aku - farah_gurlz92@yahoo.com. Insyallah kalau aku boleh tolong, aku tolonglah =D . 

Dan akhir sekali ... Thanks baca entry yang panjang ni. 
Ucapan : Selamat berpuasa juga kepada semua umat islam.

You Might Also Like

8 comment di sini.

  1. Susah gak nak edit blog ni ye..kena sabar

    ReplyDelete
  2. betul nak edit blog kena ada mood. eh nape gmbr bf kita at situ. . hehe

    ReplyDelete
  3. awak minat JGS =)
    comel kan dia?

    ReplyDelete
  4. tips yang bagus lah.. thank u

    ReplyDelete
  5. terima kasih sis... tips yg sgt bagus utk newbie mcm saya... penulisan pon senang difahami

    ReplyDelete