Bila minat membaca novel tu datang kembali...

Sunday, June 08, 2014



Assalamualaikum, =D

Sebelum tu aku nak kasi review sikit novel/drama Kerana Terpaksa Aku Relakan sebab entry aku kali ni bersangkut paut dengan cerita ni.

Kerana Terpaksa Aku Relakan adalah sebuah novel yang diadaptasikan dalam drama yang juga diberi nama sebiji dengan novel, iaitu Kerana Terpaksa Aku Relakan. Dalam novel dan drama ini memaparkan kehidupan Indah Harlina yang terpaksa merelakan perkahwinan bekas tunangnya dan kakak tirinya dan dalam masa yang sama juga dia dibuang oleh ayahnya. Datang ke Kuala Lumpur dengan sehelai sepinggang, tiada saudara mara dan tiada siapa yang dia kenal di situ sehinggalah dia berjumpa dengan keluarga Dato' Safiyah. Errrr yang part ni tak payah cerita panjang sebab dah ada dalam drama.

Di rumah Dato' Safiah pula ada dua orang Tajul yang meminati gadis tersebut. Siapakah mereka? Dan apakah conflict yang akan berlaku sesama mereka dua beradik? Sama - sama kita tengok dan ikuti episode - episode yang akan datang. Tak cukup dengan conflict dia di kampung, di Kuala Lumpur juga ada seseorang yang turut memfitnahnya. Hisyh kalau dalam drama tak habis - habis ada tiga empat watak jahat. Geram aku tengok. Senang cerita dalam cerita/novel ini memaparkan bagaimana Indah perlu menghadapi pelbagai conflict yang membuatkan dia semakin tabah. Tak lupa juga conflict cinta dia dan seorang Tajul iaitu anak kepada Dato' Safiah diganggu oleh orang ketiga tetapi akhirnya mereka tetap bersama membina mahligai bahagia. Tapi siapakah Tajul yang aku maksudkan tu? Errr yang part ni kena tengok dan follow episode - episode dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Tapi kalau tak sabar sangat macam aku ni ha, pergi beli novel je senang. Kan? =D

Taraaaa....Aku beli semalam masa singgah Angsana. Fuh nasib baik stock dia tengah banyak masa tu, hehe. Dan aku dah habis baca dah novel ni dalam masa tak sampai 24/7 kot rasanya. Errr memanglah sebab si huda dah baca dulu bab sebelumnya di laman web penulisan2u. 

Semalam sebelum beli novel ni aku dah menggagau cari dekat internet dulu sebab aku pasti ianya akan disiarkan di laman web penulisan2u dahulu baru di terbitkan kelak. Baca punya baca, tiba - tiba kena stop sampai bab 20. Sebab sampai bab tu je yang dia share dekat laman web tersebut, bab lain kena baca dekat novel. Part ni bila dah baca sesuatu yang best tak boleh nak ditangguh lagi, so sebab tu decide untuk beli novel ni semalam, hehe. Ni kes ... Bila mood aku yang suka baca novel datang kembali. Bila tak ada mood, dua tiga minggu pun sanggup tak sentuh dan baca novel langsung. Bila ada mood, nilah jawabnya....

Dan pengakhiran cerita ni sama je macam novel - novel yang lain, iaitu ianya mestilah di akhiri dengan slot happy ending. Sama macam novel - novel lain juga yang memaparkan pengajaran yang lebih kurang sama, iaitu kalau dah jodoh tak kemana. Kau lari ke gunung manapun, kalau Allah cakap si dia memang diciptakan untuk awak, dia tetap akan bersama awak sampai bila - bila. Dan yang jahat pasti akan dapat balasannya juga (dah jahat, mestilah pengakhirannya juga menyedihkan). 

Ok dah siap taip entry kali ni. Esok pagi dan petang akan disusuli dengan entry- entry yang lain sebab aku rajin buat auto publish hari ni, hehe. Tu bab kalau rajin, kalau tak rajin makanya blog ni akan dipaparkan dengan entry - entry yang sedia ada. Thanks baca entry kali ni =D .

You Might Also Like

7 comment di sini.

  1. mood nak membaca novel sekarang ke laut.. :P

    ReplyDelete
  2. Suka gilaa tengok drama dia. Suka tengok perangai Indah tu. Novelnya belum baca lagi. Lepas ni kena beli jugaklah. hehe

    ReplyDelete
  3. kalau kite lebih suka baca novel sbb laju lagi daripada nak tengok kat tv iklan bukan main lagi banyak . erhhh -.- haha

    ReplyDelete
  4. hehe, lia pon kalu mri mood nk bce novel.... (sila smbung) hee

    ReplyDelete
  5. Mai pn ske baca novel cuma bila dh kje ni jd kurg ckit sbb busy n penat

    ReplyDelete
  6. best novel ni.. skrg mood membaca kelaut.. haha, ! sejak novel ni.. baca memang best!

    ReplyDelete
  7. sy suka sgt drama ni! sblm ni jarang suke tgk drama melayu..but this drama really have their aura! love it..haha

    ReplyDelete