Project DIY - buat storage box sendiri

8:00 AM



Assalamualaikum =D

Sambil updated entry blog sambil tu aku dengar lagu baru dari Sigma: Kupu - Kupu Cinta. Dan lagu ni berkisarkan tentang seorang lelaki yang suka dekat seorang perempuan, lalu dia berusaha untuk dapatkan that girl. How? Dengan berdoa kepada Allah, usaha dan bertawakal kepada Allah. Percayalah jika seseorang tu tercipta untuk kita, one day kita akan tetap bersama dia walaupun 10 tahun lamanya kita berpisah. "Kalau kita cinta dan sukakan seseorang, doakan dia dari jauh" . Wah bukan main bermadah aku hari ni ye, haha.

Full stop. Stop cerita pasal kisah cinta yang mungkin tak ada penyudahnya tu, so sekarang ni marilah kita cerita pada topic yang aku kupaskan seperti tajuk entry di atas iaitu - Project DIY (buat storage box sendiri). Idea nak buat storage box ni datang bila hari tu dengan tak sengaja aku tertengok satu video berkenaan dengan DIY storage box ni dekat Youtube. Dan dari situ konon - kononnya lah aku pun nak buat storage box aku sendiri, tapi tak tahu jadi ke tak sebab aku main try buat storage box aku tu (kalau jadi, jadilah. Kalau tak jadi hurm jawabnya tong sampah akan ku campak). Tapi ...

Akhirnya selepas mencuba nasib. Taraaaaaa....Terhasil satu storage box (seperti gambar 3 dan 4). 


Nota:
Gambar 1 : Bahan utama - Kotak dan Beg Kertas yang tidak digunakan lagi (jimat cost sebab kalau beli dekat luar paling - paling satu RM5 malah ada yang lagi mahal lagi kan. So buat sendiri senang sikit, hehe). 
Gambar 2 : Barang - barang yang diperlukan semasa korang nak mencipta storage box korang tu (jangan tanya kenapa semua barang aku kebanyakannya warna pink ok, hehe).
Gambar 3 : Ok, lepas dah siap potong kotak, gunting beg kertas dan tampal dengan gam dan seloteip maka terhasillah satu storage box yang simple. 
Gambar 4 : Siap dengan divider sekali.


\
So dekat sini huda nak share video how to make your own storage box.
Tapi dalam video ni dia menggunakan laci but the exactly guna kotak atau laci sama je. Yang penting ikut creativity korang sendiri. 

 
Jom layan lagu baru dari Sigma ni kejab: Kupu - kupu Cinta



Ok sekian sahaja entry aku untuk kali ni ok. 
Thanks baca entry huda ni ye =D

You Might Also Like

3 comment di sini.

  1. menarik gak...boleh try nanti.thanx nur farahuda

    ReplyDelete
  2. menarik juga ni kak. hihi. suka sangat dgn bnda yg melibatkan DIY ni.

    ReplyDelete
  3. pernah buat dulu. huhu. lawa blog akak.

    ReplyDelete