Cara mudah untuk hilangkan rasa bosan

Friday, May 30, 2014


Assalamualaikum, =D


Setiap orang pernah mengalami hal ini, termasuklah aku sendiri. Kadnag - kadang tu bila dah tahap bosan yang teramat sangat, sampai tak tahu dah nak buat apa. Last - last turun bawah, tengok tv, tak pun buka internet tengok drama apa yang aku minat. So hari ni aku nak share dengan korang beberapa cara untuk hilangkan rasa bosan. Tapi aku pasti korang ada cara korang yang tersendiri dan mungkin itu adalah yang terbaik.


1. Kalau bosan, jangan fikir sangat yang kita tengah bosan tapi sebaliknya dalam masa yang sama lebih baik kita fikir cara yang terbaik untuk hilangkan rasa bosan tersebut contohnya dengan buat sesuatu yang korang minat.

2. Bila bercakap pasal benda yang kita minat. Fikir betul - betul benda apa yang dapat menghilangkan rasa bosan - contohnya dengan tengok movie.

3. Memasak. Kadang - kadang dengan memasak juga kita dapat hilangkan rasa bosan yang sedang kita alami sebab masa masak tu kita kena concentrate dengan masakan kita, kang kalau terlebih garam ke apa tak ke nanya.

4. Kemas . Part ni pun sama kalau rasa bosan kemas lah barang - barang korang yang bersepah tak pun kalau tak ada barang bersepah, pergi serak - kan bilik korang, then kemas balik. Ha, boleh tak macam tu? Hahahaa .

5. DIY (do it yourself). Ok kalau korang ada creativity tersendiri, buat satu benda yang korang tak pernah buat. Contohnya DIY pasu bunga, pencil case, storage box dan bermacam lagi benda yang korang boleh buat. Kalau tak ada idea sangat, cari idea dekat Youtube dah tentu ramai 'cikgu' yang akan ajar korang semua nanti.

6. Menjerit. Kalau dah tahap bosan ya amat sangat, ha pergi mana - mana tempat yang sunyi dan tak ada orang menjerit lah sepuas - puas hati confirm hilang punya rasa bosan. Kalau nak jerit dekat rumah pun boleh, tapi kalau kena marah don't ask me why ok, hehe.

7. Makan. Ada orang time bosan dia suka makan, time tak bosan pun kadang - kadang dia makan juga. Tapi time ni di sarankan jangan ambil makanan yang heavy, sebaliknya makanlah gula - gula ke, jajan ke (errr jajan, tau tak apa? Orang Johor memang panggil jajan, kalau orang pantai timur panggil cikedis - betul ke aku eja ni, hehhee. Tak pun dalam bahasa senang faham, makanlah makanan ringan). 

8. Jalan - jalan. Kalau tengah bosan , called sorang member ajak dia keluar. Tak pun kalau semua sibuk keluar sesorang pun ok juga kan. Pergilah mana - mana shopping mall yang boleh cuci mata (biasanya yang suka cuci mata ni perempuan sebab diorang ni memang suka shopping). Tak pun pergi tengok wayang, ha layanlah apa - apa movie yang baru disiarkan/yang baru mengegar wayang - wayang di shopping mall berdekatan dengan anda. Confirm rasa bosan korang pun akan hilang.

9. Panjat gunung. Ada juga hobi diorang memanjat gunung, kalau tak ada gunung, panjat tangga dekat rumah sudahlah, hehe :P

10. Berbasikal. Selain mengilangkan rasa bosan, berbasikal juga dapat membuatkan badan kita sihat dan cergas. 

11. Ha yang part ni fikir sendiri. Korangkan hebat - hebat so mesti ada idea yang hebat - hebat juga untuk hilangkan rasa bosan yang sedang korang alami. Ye tak? 

Thanks baca entry, =D

You Might Also Like

8 comment di sini.

  1. oh sy kalau bosan mst keluar jalan2..tak pun tidur...hehe:P

    ReplyDelete
  2. Ada jugak orang yang menghilangkan rasa bosan dengan cara menjerit ea.. haha

    ReplyDelete
  3. kite kalau bosan, suke memasak, makan, DIY, jalan-jalan. hehe. hilang stress ^^

    ReplyDelete
  4. akk tido je...hhee... itupun kalau dpt tido...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.. morrning..singgah kejap nak jemput join segmen ni.. http://aniszahirah87.blogspot.com/2014/05/segmen-48jam-mini-blogwalking-bersama.html

    ReplyDelete
  6. Fifi pulak kalau bosan tido je :D

    ReplyDelete
  7. Slalunye saya tak sempat nak rehat because sentiasa bz at workplace & bz dengan anak2.
    Slalunye sampai tak sempat nak pk ttg diri sendiri...tak sempat nak rase bosan pun.
    Tapi sekarang bila dah happy blogging.. I found that, bende harian yang saya buat adalah membosamkan kerana ape yang saya buat n korbankan selama ni seolah-olah tak dihargai. So i stopped doing everything that I always did before & focus on blogging because it makes me fell happier.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. saya kalau bosan memang suka mengemas...hehe

    ReplyDelete