Betul ke blog ni boleh buat duit?

Friday, May 16, 2014



Assalamualaikum, =D


Ha'aa betullah tu, dengan blog kita boleh buat duit tapi tak adalah semudah ABC. Malah kita kena usaha lebih dan lebih untuk dapat income dari blog ni ye kakak - kakak dan abang - abang sekalian, iaitu dengan join mana - mana laman web atau syarikat advertisement yang sememangnya dah berdiri megah. Contoh terdekat yang aku boleh bagi adalah Nuffnang (sebab aku dah sinonim dengan Nuffnang ni dan malas pula join syarikat advertisement yang lain, sebab yang satu ni pun tak ter - handle) tapi ada je syarikat atau laman web advertisement yang lain contohnya Google Ads, Churp - churp dan lain - lain lagi (korang boleh buat research sendiri dekat google ok, hehe).

Bila dah join mana - mana syarikat advertisement ni, errr senang aku terus bagi contoh dan cerita pasal Nuffnang jelah ye. Ok semula, bila korang dah join Nuffnang korang kenalah letak ketiga - tiga ads Nuffnang ni dekat blog korang dan lepas tu barulah iklan - iklan Nuffnang ni akan keluar dan terpapar dekat blog korang. Macam mana?

Nuffnnag dah bagi contoh. So korang kena letak ketiga - tiga leaderboard Nuffnang dekat korang punya blog.


Follow step yang Nuffnang dah bagi seperti gambar di atas ni.
dan lepas tu barulah iklan - iklan Nuffnang akan keluar dalam blog korang. 


Dan untuk dapat income melalui Nuffnang ni sebenarnya korang kena selalu updated entry, kena tahu apa yang popular dan apa yang orang akan selalu cari dekat blog ni, sebagai contoh fashion dan cosmetic, dan korang juga kena tahu cara macam mana dan bagaimana nak naikkan trafik blog korang tu.

Pertama - selalu updated entry. Ya, aku tahu ada di antara korang yang tak ada masa untuk updated entry setiap hari sebab aku pun dua kali lima dengan korang juga, takkan tiap - tiap hari nak ada masa dan ada idea untuk updated new entry kan? So untuk memudahkan korang semua, apa kata korang buat schedule entry atau lebih tepat sekali dipanggil auto publish entry so dengan cara ni maybe korang dah tak ada masalah macam ni lagi - CLICK HERE for more information.

Kedua - tahu apa yang popular dan apa yang orang cari dekat blog. Yes, macam aku cakap tadi contohnya fashion dan cosmetic. Dan bila korang selalu updated pasal fashion yang tengah up to date sekarang, confirm - confirm ada je yang selalu akan datang baca blog korang. Tu contoh je, tapi pada aku ada je blogger yang tulis pasal personal atau cerita pasal daily life diorang pun bukan main popular lagi contohnya macam Ben Ashaari, Fatin Liyana, dan ramai lagi. Senang cerita nak updated entry ni bukan susah, kalau korang ada minat, ada idea dan cara penulisan korang menarik so secara tak langsung pun orang akan 'terpikat' dengan blog korang .

Ketiga- macam mana nak naikkan trafik blog. Benda ni ada kena mengena dengan SEO Blogging. Untuk part ni korang kena cari sendiri dekat agent google sebab confirm ramai di antara blogger yang dah mahir pasal ni. Contohnya macam Hasrul Hassan dan ada juga blogger lain yang share pasal SEO blogging ni dekat blog diorang (untuk memudahkan korang cari google je senang, hehe) atau korang boleh CLICK dekat SINI untuk baca 15 tips dari blogger popular yang aku share dekat entry yang lepas.

Tapi pada aku secara basic - nya kalau nak naikkan trafik blog ni, macam aku cakap tadilah korang kena selalu updated entry. Lepas updated entry blog, kalau rajin share link korang dekat mana - mana group blogging yang dah banyak dekat facebook tu. Cari je confirm jumpa. Dan jadikan ruangan social korang sebagai tempat korang promote blog korang, contohnya macam aku cakap tadi korang boleh share dekat group fb, selain tu ada laman social lain seperti twitter, instagram dan lain - lain lagi.

Selalu join giveaway atau segmen dari blogger lain atau korang boleh je buat segmen atau giveaway sendiri (part ni nak kena gigihlah promote korang punya segmen atau giveaway tu ye), sebab dengan cara ni ramai di antara peserta akan blog walking dekat blog korang dan secara tak langsung akan meningkatkan trafik blog korang sekaligus naikkan follower blog korang juga. Dan bila blogger lain datang dekat blog korang sebaiknya korang balas kunjungan ke blog mereka pula ok, jangan sombong pula tak balas tau.

Pengalaman sendiri. Memang di akui bukanlah mudah nak buat duit dengan blog ni lagi - lagi blogger part time macam aku ni, tapi tu semua aku tak kisah sangat sebab aku memang suka bab tulis menulis ni, yelah lagipun dah memang hobi aku suka dalam bab - bab yang macam ni, =D . Tapi aku rasa sangat bersyukur dan gembira, setelah hampir 4 tahun berusaha sebagai seorang blogger part time dan berusaha buat itu dan ini dalam blog aku, ni at last earning Nuffnang aku tu dah boleh cash out, hehe.

Tapi ni aku nak bagi nasihat sikit kepada mereka yang baru join blog dan Nuffnang -  jangan pernah usaha dengan spam segala link iklan nuffnang dekat blog orang, yang ni memang bengang sikit bila ada di antara mereka yang buat benda ni sebab tujuan sebenar blogwalking sesama blogger ni adalah untuk berbalas kunjungan ke blog anda sahaja dan bukan nak click iklan Nuffnang awak tu.

Ok sekian ... Thanks baca singgah dekat blog serba pink dan baca entry aku yang agak panjang untuk hari ni.



You Might Also Like

12 comment di sini.

  1. terbaik.. :) suke tips2 mcm nie..

    ReplyDelete
  2. Pesanan akhir tu kita setuju gila ! Hahaha. Sila please tolong jangan spam link Nuffnang kat blog blog orang. Tssskkk. Nanti kita singgah tahulah kita click2 ads tu. Kaaannn. :D

    ReplyDelete
  3. good tips ^^ fae x rajin update blog setiap hari huhu

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat1 Ini ada yang dtg bwk iklan. aptb.

    ReplyDelete
  5. terima kasih Huda...info yang sangat-sangat berguna :)

    ReplyDelete
  6. good info.. betul3... menulis blog boleh buat duit.. tp sejak kite blogging 4 tahun lepas, tak pernah cash out lg duit nuffnang.. sbb belum boleh nak cash out.. hahaha

    ReplyDelete
  7. hai Nur Farahuda,saya blogwalking,selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  8. Salam..blogwalking..=)

    p/s: kami menawarkan perkhidmatan percetakan dengan harga yang berpatutan..
    sila layari website kami:

    www.printingmurah2u.com.my

    ReplyDelete
  9. peluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !

    sesuai untuk :
    # pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
    # peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
    # penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
    # penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

    MEMPERKENALKAN !!!
    Part Time Bisnes (Topup) - Pakej Agen..

    Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
    Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..
    YURAN PAKEJ

    AGENT (RM30.00)
    Produk Yang Disediakan :-
    * Maxis
    * Digi
    * Celcom
    * Umobile
    * Tunetalk
    * Xox
    * Merchantrade
    * Digissocial
    * Digisidd
    * Digibroadband
    * Molpin
    * Tron
    * Italk
    * Cib-Mall Pin
    * A-Cash Pin
    * Mcoins Pin
    * Njoi Flexi
    * Celcom Bill
    * Maxis Bill
    * Digi Bill
    * Umobile Bill

    Utility Bill :-
    * Telekom Bill
    * Astro Bill
    * Syabas Bill
    * Tnb Bill
    * Water Bill (Johor, Kelantan, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sibu)
    * Electricity Bill (Sabah & Sarawak)
    * Indah Water Bill
    * Unifi Bill
    * Sada Bill

    UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA

    ReplyDelete