Restoran Ayam Penyet World

Saturday, April 26, 2014


Assalamualaikum, =D


Tak habis - habis cerita pasal makan. Yelah, dah nama pun suka makan, so one of the story dalam blog huda ni, of course lah pasal makan, ye tak? Dan lagi satu, sometimes benda - benda macam ni lah yang bagi kita idea untuk memenuhkan lagi blog kita ni dengan entry - entry yang baru, kan? ^_^. Ha, lupakan isu tersebut buat seketika, so sekarang ni meh sini kita focus pada restoran yang huda nak share dengan korang semua dalam entry kali ni (memandangkan lately ni tengah ada mood nak updated blog yang serba pink dan serba ringkas ni ok ^_^). 

Restoran Ayam Penyet World ni beroperasi di Setia Tropika, Johor Bahru. Buat masa ni dekat Setia jelah selalu nampak (asal balik rumah nampak, tiap - tiap lalu nampak, haha =D), tapi tak tau le pula kalau dalam Johor ni ada cawangan restoran ni di tempat lain. Restoran ni bertema kan warna hijau, dari luar sehinggalah deco dalamannya semuanyaaa hijau.... Ha, tak caye?

Ayam-Penyet-World-Express-Taman-Setia-Tropika-Johor-Bahru
Ok, tu baru pemandangan dari luar, belum lagi nampak deco dia dekat dalam pula. Biarpun simple tapi ianya nampak menarik juga. 
*gambar ni di copy paste dari laman web/blog INI*

Ha, ni pula decoration dalaman dia pula. Ok, semuanya memang bertemakan hijau. So bila duduk dalam tu sembang - sembang dengan kawan, maybe rasa ketenangannya lah kot ^_^
*gambar ni di copy paste dari laman web/blog INI*

Bila cerita pasal hidangan dia pula. Dia ada beberapa hidangan yang mungkin menarik perhatian korang yang suka makan ayam penyet, ikan leleh (ikan keli), udang penyet dan sotong penyet pun ada jual di sini (yang huda dengan stolong penyet tu, takdelah dia ketuk sampai penyet, hahaha. Dia just goreng then makan dengan sambal belancan - sama macam makan ayam penyet dan ikan leleh). 

Penyet-World-Express-Taman-Setia-Tropika
Ni ikan leleh - nyaaaa
*gambar ni di copy paste dari laman web/blog INI*

Penyet-World-Express-Taman-Setia-Tropika
Ni pula ayam penyet dia
*gambar ni di copy paste dari laman web/blog INI*

Gambar dekat atas ni adalah antara menu - menu yang di hidangkan untuk santapan pelanggan semua.

Hidangan pencuci mulut pun ada. Contohnya ais - cream di atas. Pelbagai perisa yang di jualnya. Contohnya......

Contohnya, perisa kelapa, kacang merah, pulut hitam, durian, mangga dan ada lagi beberapa perisa yang huda tak ingat, hahahaha =D . 
Dalam kotak ni ada 10 perisa. Korang boleh pilih mana - mana ais - cream yang korang suka. 
Tapi kalau tengok dekat gambar atas tu, memang lah tak sampai 10 sebab dua di antaranya sudah di makan, hahahahaa ^_^


Untuk baca info lagi berkenaan dengan restoran ni, meh le singgah SINI sebab dekat SINI ada details alamat, dan segala details yang mungkin korang perlukan ok.






You Might Also Like

2 comment di sini.

  1. tak pernah rasa lagi ayam penyet ni,bilalah agaknya boleh merasa,uhuk uhuk

    ReplyDelete