Restoran Nasi Ayam Penyet Ria

Saturday, March 08, 2014



Assalamualaikum, =D


Ni semalam punya cerita. Memandangkan semalam (jumaat) waktu rehat yang diberikan selama satu jam lebih, so huda pun ajaklah kak mila pergi makan dekat Angsana yang memang tak jauh dari office kitaorang tu (lima minit drive pun dah boleh sampai). 'Aku ni ajak je orang pergi Angsana, tapi tak decide lagi nak makan dekat mana (sama ada makan dekat Mcd,KFC atau mana - mana je gerai makan yang ada dekat Angsana tu).Memandangkan bila masuk je Angsana semalam, Mcd penuh dengan pengunjung - pengunjung mereka, so kak mila pun ajak huda makan dekat Restoran Nasi Ayam Penyet Ria (huda pun ok je sebab belum pernah lagi singgah makan dekat restoran tu).

Bila masuk je restoran tu, korang dah boleh nampak cara decoration dia memang more kepada Indonesia style. Tengok jelah dia punya menu pun dah tau.

Masakan dia memang Indonesia style dan menu utama retoran ni mestilah Nasi Ayam Penyet. 
*sambal dia pedas sangat kot. Biarpun huda ni peminat kepada masakan pedas, tapi kalau dah sambal dia pedas sangat pun tak boleh nak telan jugakan, hehe (tapi apa - apapun sambal dia memang sedap, =D).*


Bercakap pasal menu. Yes, menu utama dia Nasi Ayam Penyet. Ayam tu korang boleh pilih sama ada nak ayam goreng ataupun ayam grill dan korang juga boleh pilih nak ayam yang bahagian mana. Sup pun korang boleh pilih sama ada nak sup kosong, sup daging atau ha yang lagi satu sup tu huda lupa pula nama dia, hehe. Selain tu, restoran ni juga menyediakan beberapa lagi hidangan untuk santapan pengunjung di restoran mereka, contohnya....Ikan leleh, udang, sate gado - gado (its look like jemput - jemput kot rasanya), jadi korang boleh pilihlah mana - mana menu yang korang suka.

Ok sampai di sini sahaja, hehe. Thank singgah baca entry huda kali ni ^_^
New Update - Shopping sat dekat Calaqisya  
ok,
bye and Assalamualaikum =D 

You Might Also Like

1 comment di sini.

  1. Dekat angsana ade ehk awak ? Nmpk beno kita dh jarang explore..hahahaa..

    ReplyDelete