Review Movie Papadom 2

7:12 AM



Assalamualaikum =D




Ok kepada yang dah menonton PAPADOM 1 beberapa tahun yang lepas tu, sekarang ni jom kita layan sambungan dia pula dalam PAPADOM 2. 



Tonton Papadom 2 Full Movie di sini. Filem ini Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia.
Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang.
Suatu hari, Saadom mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat kejutan kepada Mia dan semasa berjumpa dengan Mia, Saadom mendapati anak kesayangannya itu sedang menangis teresak-esak kerana bergaduh dengan kekasihnya.
Saadom mula menyiasat siapakah lelaki yang kini berada di hati anaknya. Saadom mendapati terdapat 3 orang lelaki yang agak rapat dan kerap menghubungi anaknya. Saadom cuba untuk berkenalan dan menjadi kawan kepada tiga orang lelaki yang disangka berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Mia.
Suatu hari, Mia telah memberikan kejutan dengan membawa kekasih hatinya berjumpa dengan Saadom. Saadom sangat terkejut kerana lelaki yang diperkenalkan kepadanya bukanlah salah seorang daripada tiga orang lelaki yang disiasatnya dan disangkakan kekasih Mia sebelum ini. 


ok,
bye and Assalamualaikum =D

You Might Also Like

0 comment di sini.