Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? by AkuPenghibur.com

Sunday, December 08, 2013



Assalamualaikum, =D

Nak join, tekan sini.


Buka - buka dashboard tadi tu, tetibe nampak ada seorang blogger yang join segmen ni dan secara tak langsung huda pun rasa nak join segmen ni memandangkan dah lama tak join segmen - segmen blogger ni (errrr,apatah lagi nak buat segmen sendiri memang tak sempat gamaknya, hehe) ... Ok, dah follow semua step yang di ajukan oleh penganjur dan sekarang masa untuk ... Mengarang! Yeah....

Saya jadi blogger pada tahun 2009 (masa tu zaman budak - budak baru nak naik dan masih lagi bersekolah). Masa tu memang tak se - active sekarang lah ye sebab masa tu zaman - zaman jadi newbies so memang tak tahu apa - apa pasal blogging ni beb, sehinggalah huda jumpa segala tutorial yang cik lyssa faizureen kita buat. Thanks to her cause make the tutorial =D .

Kenapa berblogging?

Kalau cerita dari awal sampai habis memang tak habis - habis jawabnya, hehe =D . Masa mula - mula buat blog ni sebab tengok my sister punya blog yang cantik gila dan dari situlah huda pun teringin nak ada blog yang cantik macam tu, hehe ... Tapi bila dah buat...Wasalam jawabnya sebab huda ni tak reti bab coding bagai walaupun adalah adik ajar sikit - sikit, apatah lagi dalam nak merangka entry masa tu pun tak tahu juga, hehe. Lepas tengok blog Lyssa Faizureen, tu yang semangat sikit nak berblogging apatah lagi bila try tutorial dia yang berkesan tu, hehe... 

Hamboi...di suruh ceritanya sepatah dua kata, dah berpatah - patah kata pula jadinya huda bercerita ye. hehe. Sebenarnya huda memang suka bab tulis menulis ni, bila ada tajuk yang ajak di bincangkan. Macam  ni ... di tanya kenapa berblogging, ha ... so huda boleh lah bercerita panjang dan lebarnya. 

Semakin banyak kita membaca, semakin tinggi ilmu kita. Semakin banyak kita menulis, semakin banyak idea yang akan dok keluar dan keluar (kadang - kadang yang tak terfikir dek akal pun boleh keluar saat kita menulis tau ... Errr, contohnya macam huda tulis novel, memang satu - satu ayat yang akan keluar secara tiba - tiba bila tengah asyik menulis tu, hehe . Tapi, tu bila tengah ada idea dan mood nak menulis lah kan...). 

So kesimpulannya, bila dah rasa boleh go on dengan segala coding bagai, segala apa jua yang ada dalam blog ni. Huda mula merangka satu tutorial dan Alhamdulillah ada juga blogger yang follow up tutorial huda and thanks to all of you. Dalam bab berkarya pun sama, bila rasa nak berkarya huda akan tulis dekat blog ni dan akan publish dan Alhamdulillah dapat juga respond yang baik dari para pembaca =D . 

And last but not least .... Dah tak ada apa - apa nak cakap kot sebab dah banyak dok meluahkan segala idea - idea yang sengaja mahupun tidak sengaja (hai ceh......) . Oklah, apa - apa pun thanks to all sebab dok follow up blog huda ni ye =D


Ok,
bye and Assalamualaikum =D

You Might Also Like

8 comment di sini.

  1. hai huda..
    betul tu apa yang huda cakap banyak membaca luas pengetahuan..lagi2 lah macam akak kan,yg baru berjinak-jinak dlm dunia blogger..sib baik banyak blog tutorial yg baik hati..macam blog huda..
    anyway TQ ea huda..:)

    ReplyDelete
  2. salam singgah kenal blogger nurfarahuda....pcl tertarik dgn kata anda..."Semakin banyak kita membaca, semakin tinggi ilmu kita. Semakin banyak kita menulis, semakin banyak idea yang akan dok keluar dan keluar...

    Mungkin kerana itu persamaan bagi pcl dalam kenapa mahu jd bogger !

    http://www.nazlee.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  3. salam..ayu singgah dr segmen yg sama..

    ada masa singgah la ke blog ayu...ayu ada buat segmen juga..tq

    http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  4. assalamulaikum.... ekin datang dari segmen yang sama... jemput la singgah ke blog ekin ya...

    http://cikash.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  5. salam gud luck, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

    ReplyDelete
  6. In shaa allah akan join.. kejap je lg :)

    ReplyDelete
  7. Salam singgah bw dari segmen yg sama. Saya dah follow sini ye.. Salam ukhwah.. :)

    http://www.khirkhalid.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete