Nama kita . Nama Blog

8:12 AM


Assalamualaikum semua =D


Selamat Pagi! Ok pagi ni huda nak share dengan korang satu tips blogging, *yelah dah lama juga makcik tak updated tips - tips blogging ni, hehe =D* . Tips blogging kali ni huda nak share dengan korang macam mana nak pilih tajuk blog yang sesuai. 


Dialog sekadar penghibur hati, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada.
'Eh,kau ni! Blog aku suka hati akulah kot nak pilih nama blog yang macam mana pun!' - kata meon sebelah rumah.
'Ye, memanglah blog awak. Tapi kadang - kadang kita kena tahu juga macam mana nak pilih nama blog kita ni. Pada akulah, nama blog ni memainkan peranan yang sangat penting. Lagi satu, pilihlah nama blog yang senang orang nak ingat! Betul tak Kiah?' - kata kak senah depan rumah.
'Ha, betul tu! Aku setuju dengan kau senah, kalau nak ikutkan memanglah kita boleh letak nama blog apa pun untuk blog kita tu. Tapi kita kena juga ambil perhatian orang dengan nama blog kita ni ha! Macam hanis zalikha cakap, tajuk blog haruslah sesuatu yang menarik perhatian dan senang untuk orang ingat dan hafal nama blog kita ni (walaupun kita bukan blogger popular) . - kata Kak Kiah sebelah rumah.
'yelah! Aku mengalah dengan korang semua ni!' kata meon sebelah rumah. Dah mengaku kalah le tu.

Nama blog yang sesuai
Its up to you untuk pilih nama blog apa pun yang korang suka. Tips ni sekadar panduan untuk korang. Dulu pun nama blog huda ni bukanlah nama blog yang sekarang - Nur Farahuda's Blog. Dulu huda buat blog ni masa zaman sekolah, masa zaman kanak - kanak riang ceria. Jadi nama blog huda dulu pun macam kanak - kanak yang baru nak naik le, hehe . Tajuk blog huda yang pertama , PinkPurple Blog. Kedua, CeritaCeria HudaHud. Ketiga, Cerita Ria HudaHud. Keempat, Nur Farahuda's Blog. Ha, tak ke banyak nama blog huda ni, hehe =D

Sebenarnya sebelum huda tukar nama blog kepada nama sendiri ni, huda ada terbaca satu entry dari seorang blogger, di mana blogger tersebut adalah seorang blogger lelaki. Tapi maaf ye awak semua, huda lupa pula link dan nama blogger tersebut sebab dah lama kot, hehe . Tapi apa yang huda ingat, en blogger tu pesan, lebih baik kita letak nama blog kita yang mudah orang nak ingat dan mudah orang nak dok singgah blog kita ni. So huda pun setuju dengan beliau lalu huda pun tukar jelah nama blog ni kepada nama sendiri.

'Kita kena bangga dengan nama yang parents kita dah bagitau. Kalau tak nak letak nama kita dalam blog pun, letaklah nama pena kita. Ala macam penulis novel tu. Ha, macam tu le lebih kurangnya,' kata Kak Mila depan rumah.

So kesimpulannya, korang letak nama yang senang dan mudah untuk orang ingat blog korang tu. Tapi betul tau, cuba korang tengok blogger - blogger popular ni... Semuanya letak nama diorang sendiri sebagai tajuk blog diorang. Memang senang nak di ingat dan mudah untuk kita terjah blog diorang. Kalau huda bosan, huda mulalah ingat nama - nama blog yang terkenal ni untuk huda terjah blog diorang. Contoh : Irene Nadia, Nisa Kay, Yuyu Zalikha and etc . Tak pun, huda akan tekan je link - link blog yang ada dekat bloglist huda tu, ehehe =D

Link tips blogging (pemilihan nama blog)
Ok huda dah carikan link tips blogging dalam pemilihan blog ni untuk korang. Jom . Jom kita terjah blog dua orang blogger ni ye. Blog huda ni sekadar bagi tips blogging yang ringkas saje, hehe. Nak tahu lebih lanjut tentang pemilihan nama blog SILA TEKAN SINI DAN JUGA SINI . =D

Tamat
Sekian sahaja tips blogging dari huda. Kalau nak baca tips blogging yang lain (dalam blog huda ni), TEKAN LE SINI, hehe =D . Ok kepada semua yang dok singgah dan baca tips blogging kali ni, terima kasih diucapkan kepada semua ye ^_^ 

ok, 
bye and Assalamualaikum

You Might Also Like

4 comment di sini.

  1. Tips yg menarik, thanks for sharing. ^_^

    Jemput join : http://nanitheawesome.blogspot.com/2013/06/segment-doodle-buster-by-nanie.html

    ReplyDelete
  2. saya baru lagi dalam berblogging..nice sharing..

    ReplyDelete