Ya Allah Aku Jatuh Cinta Lagi!

11:29 AM


Assalamualaikum, =D


'Kak huda tak beli novel ke?' tanya salah seorang adik huda (Izzah nama dia, hehehe) . 
'Tak, sebab takde mood nak baca novel,' dan itulah jawapan huda pada si adik. 
*Baru je beberapa minggu yang lepas singgah badan cemerlang dan beli dua buah novel, tapi tu pun ada yang belum di baca lagi (sebab sekarang ni, kalau nak baca tengok mood le, hehe ^_^) .

Bila dok belek - belek satu persatu buku dekat Badan Cemerlang (semalam), tiba - tiba hati terpikat dengan satu buku ni - Ya Allah...Aku Jatuh Cinta Lagi. 
*dari apa yang huda tahu, cerita - cerita yang dikumpulkan menjadi satu ni adalah kesemuanya kisah benar (mungkin) . Dan sebab tu huda beli, kononnya nak tahulah apa cerita selanjutnya tentang mereka ni, hehe.*


Bila baca je bab 1, buku ni menceritakan pengalaman - pengalaman mereka dalam mengharungi liku - liku kehidupan dengan penuh cabaran, dan bagaimana mereke menyelesaikannya dengan bersabar dan berdoa untuk meminta pertolongan dari Allah s.w.t . 

Tersentuh hati ni tatkala terbaca cerita - cerita sedih mereka, cerita tentang liku kehidupan mereka dan cara mereka menyelesaikannya. Walaupun huda baru je habis baca bab 2 dan baru nak masuk bab 3, tapi dekat situ kita dah boleh buat satu kesimpulan, iaitu setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah memang sengaja menguji umatnya bagi melihat tahap kesabaran dan ketakwaan seorang hamba. Allah akan beri pertolongan kepada mereka yang bersabar dan berusaha juga tidak lupa untuk meminta pertolongan dari-Nya. 

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi keperluannya.” 
(Surah at-Talaq 65: 3) 


Alhamdulillah selesai sudah tulis entry yang serba ringkas ini. Terima kasih diucapkan kepada korang yang dok singgah dan baca entry huda kali ni ye,.
*Dari huda, selamat berhujung minggu buat semua, hehe =D*
JOM layan lagu ni - Istikharah Cinta by Sigma 
^_^

ok,

bye and Assalamualaikum =D

You Might Also Like

1 comment di sini.