JOM BACA : Khasiat Kayu Manis

5:42 PM


Assalamualaikum, =D


Sambil tunggu parents huda datang jemput huda dekat kolej, sempat untuk huda nak share dengan korang semua khasiat kayu manis. Sebenarnya tadi masa kelas ETR, lecturer huda ada berkongsi cerita masa dia attend satu kursus dan topic yang dia share dengan kiteorang adalah tentang khasiat kayu manis ni. Dan seperti topic dekat atas tu, hari ni huda nak share dengan korang Khasiat Kayu Manis.

Sebenarnya kayu manis ni ada pelbagai khasiat dan kepentingan dalam diri kita yang kita tak cari gali. Cari gali? Maksudnya, yang kita tak tahu atau tak buat research. JOM baca entry selanjutnya dekat bawah ni. Hopefully korang enjoy dengan entry ni ye. Sharing is caring =D


kayu manis yang banyak khasiatnya...



Antara khasiat kayu manis :-

-->Dapat merawat - batuk, sakit tekak, kembung perut, cirit birit dan senak perut.

-->Kayu manis juga dapat mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kulit kepala.
CARANYA : Kisar kayu manis sehingga menjadi serbuk (dicadangkan kisar dengan pengisar yang kering BUKAN yang kisar lada dan sebagainya). Ambil serbuk kayu manis yang sudah dikisar dan campurkan dengan sedikit air. Selepas itu, sapukan pada kulit wajah korang yang berjerawat - Sapu biar NIPIS sebab kalau tebal nanti akan membuatkan kulit wajah korang PANAS dan PEDIH.
-->Kayu manis juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. 
CARANYA : Dengan mengambil setengah sudu rempah kayu manis setiap hari.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes.  Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjub­kan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain. 

Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah. 

Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabung­kan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi.
Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan. Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan semula jadi. 


Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium. Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium. 





More info --> JUST CLICK HERE
credit to -->myMetro 


You Might Also Like

5 comment di sini.

  1. Banyak jugak khasiat kayu manis. Kalau kita tak cari gali, memang takkan tahu. Mesti ingat kayu manis nie untuk masak jek.

    Dulu, Arol selalu sapu kulit kayu manis kat jerawat. Tapi bukan kisar sendiri, beli serbuk dia kat kedai. Hehehe. :D

    ReplyDelete
  2. dulu pernah letak kat muka..
    pedih nan amat.
    haha

    ReplyDelete
  3. mmg mnjadi utk kurngkn parut n jrawat..sy da try,hehe

    ReplyDelete
  4. hai. Saye da try kayu manis tu.
    tapi jadi mcm itam and kering kat bahagian letak kayu manis tu.
    sobs. so now terpaksa stop.

    ReplyDelete