Review Novel Bila Blogger Jadi Maid

Sunday, February 17, 2013


Assalamualaikum =D


Sebelum tu, nak habak mai entry ni adalah kesinambungan daripada ENTRY NI. Dalam entry ni, huda ada bagitahu yang huda akan review novel Bila Blogger Jadi Maid, sebaik sahaja huda habis bacakan? Tapi berhari tunggu pun tak ada juga. Ok, huda nak minta maaf sebab huda sibuk sikit dengan aktiviti harian dekat kolej ni, plus kadang - kadang tu tak ada mood langsung nak berjiwang - jiwang untuk baca novel ni. So, sebab tulah lambat untuk habiskan satu novel ni walaupun ia nipis je. 

Alhamdulillah, semalam huda baru je dapat habiskan novel ni memandangkan mood nak baca novel tu ada. So, dekat bawah ni huda akan review novel Bila Blogger Jadi Maid.


Novel yang di beli minggu lepas, dan baru habis semalam. 
hehe =D



Dalam entry ni, huda ada cakap yang huda terpikat dengan tajuk novel ni. Kenapa? Kenapa apanya pula, sebab tengok ada perkataan blogger tulah yang membuatkan huda terpikat dengan novel ni,hehe =D.

Novel ni menceritakan seorang blogger yang gila famous jadi maid. Maid bukan maid saja - saja tau, tapi maid ni ada degree beb. Nama blogger tu, Anis Arisya(sedapkan nama tu?). Dia bekerja di sebuah rumah Tan Sri dan Puan Sri, yang bestnya pemilik rumah tersebut semuanya baik dan sporting belaka. Syoklah macam tu. Di pendekkan cerita, Puan Sri ni ada seorang anak yang dikenali sebagai Ash. Ash ni mamat poyo yang selalu kacau dan usik Risya sehingga mereka menjadi akrab. Apakah perjalanan lanjut cerita di antara mereka? Jom sama - sama kita beli novel ni di kedai buku yang berhampiran anda, hehe =D




tumpang letak gambar ni kejap tau, hehe =D




Review Novel -dari sini

Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi
masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

“Jadi, nak saya buat apa?”

“Awak kahwinlah dengan saya.”

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati?

Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?



Masih ingat lagi tak scene ni? Wah, sweetkan? hehe =D



ok, entry ni sampai di sini sahaja. Terima Kasih sebab baca entry ni ye, =D




You Might Also Like

19 comment di sini.

  1. nak beli..nak beli...hehee

    awk jum join segmen lyeen kat sini http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2013/02/segmenklik-sana-klik-sini.html

    ReplyDelete
  2. wah... menarik... cover bku ni menarik perhatian.. dan jugak perkataan "blogger" tuh...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ... teringat drama kat foto nih ... 2 x saya tgk ... heheheee

    ReplyDelete
  4. hari tu nmpak novel ni..teringin nak beli...huhu

    ReplyDelete
  5. ecah nak cari jugak lah..macam best je

    ReplyDelete
  6. wahhh...gambar tuh yg xtahan..hehehe

    ReplyDelete
  7. wahhaaa huda, bestnya. nk try cari 1 lah. hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya kak huda ^^ Ni memang kena beli ni . Tak sabarnyaaaa :D

    ReplyDelete
  9. mcm bes nye..klau jumpa novel ni nnti bleh la beli..

    ReplyDelete
  10. cantik nyer blog.. nak blog cam nie jugak..

    ReplyDelete
  11. aritu fiq jumpa kt popular! rancang nk beli gak! tunggu baucer buku kottttttt.. huhhu..
    btw, wow! adegan dlm BOF! :)

    ReplyDelete
  12. Kena cari novel ni lepas ni ;D hee

    ReplyDelete
  13. wau macam best jew.. ada nampak novel ni before this but tak terdetik nak beli..pasni nak beli and try baca lah..hjehhe

    ReplyDelete
  14. seronok pulak cerita ni...ni yg nk beli ni guna baucer buku..ngeh3...
    btw,first time dtg sini...comel jnye blog ni..pink biru gitu..huhu
    do visit me too

    ReplyDelete
  15. Dhia dah baca,.mmg sangat2 best!

    ReplyDelete