Sikap Lelaki yang membuatkan wanita tak suka

Sunday, January 06, 2013


Assalamualaikum =D


Semalam terbaca article ni dekat BLOG NI dan sekarang ni huda nak share dengan korang semua, sikap lelaki yang membuatkan wanita kurang suka. 





Tak semua sikap kita menyenangkan semua orang, tapi terkadang kita perlu cover sikit segala perbuatan kita yang mungkin tidak menyenangkan, atau lebih mudah di sebut, orang tak suka akan sikap kita. Sukar untuk kaum wanita memahami setiap tindak - tanduk lelaki, dan seseorang wanita tidak akan mudah untuk memahami apa yang seorang lelaki maksudkan. 

Mungkin terkadang sikap si jejaka membuatkan seorang wanita berkecil hati, terasa hati dan dari situ dia mula membenci si jejaka. So dekat bawah ni sikap lelaki yang membuatkan wanita tidak menyenanginya.


1. Memerintah

Si jejaka lebih suka memerintah untuk membuat sesuatu dan bukan menyuruh dengan lembut. Contohnya, bila dalam group untuk buat assignment atau apa sekalipun bersama, si jejaka lebih senang memerintah si gadis untuk membuat sesuatu dengan cara paksaan dan bukan dengan cara yang lembut. Misalnya, 'tolong taipkan apa yang saya tulis, boleh?' < ini adalah salah satu cara lembut untuk berkomunikasi dengan si gadis atau korang boleh cakap dengan cara korang tersendiri. 


2. Cakap Besar

Sikap si jejaka yang suka cakap besar membuatkan si hawa tidak menyenangi tingkah mereka. Contoh, apabila dia seorang yang pandai dan bermegah dengan apa yang dia dapat sekarang, dan seolah - olah hanya dia yang boleh mendapat pencapaian sedemikian rupa.


3. Sikap Mengawal

Atau sikap ini lebih dikenali, sikap mengongkong. Si jejaka perlu tahu, bahawa tiada seorang wanita pun suka di kongkong. Misalnya, si jejaka tidak membenarkan si gadis untuk keluar bersama kawan perempuannya yang lain. Padahal si gadis hanya mahu keluar dengan kawan perempuan saja, tapi si jejaka tetap cemburu dan mengawal segala tindak - tanduk si gadis. 


4. Lupa hari - hari istimewa

Ha, bab ni yang paling membuatkan wanita terasa hati pada si jejaka. Misalnya, si jejaka lupa akan tarikh mereka mula membuat sesuatu perhubungan, hari jadi si gadis, atau hari - hari istimewa yang berkenaan. Dan si gadis akan beranggapan bahawa si jejaka tak romatik langsung. So, hopefully korang ingat tarikh istimewa tatkala bersama si gadis ye. 


Thanks baca article yang ringka dan simple ini. Credit SINI.



You Might Also Like

2 comment di sini.

  1. hai , nk tnye boleh x ?!
    kak , knpe erk blog sye x boleh msuk gmbr mse nk buat entry ? knpe xde button nk msukkan gmbr yek ? akak tau x ?

    ReplyDelete