Tips Penjagaan Rambut

Friday, December 28, 2012


Assalamualaikum =D


Entry ni khas buat kaum hawa di luar sana dan huda saje nak share tips ni dengan korang, sebab tadi akak dekat salon tu share dengan huda tips ni. *Eh, macam mana tu?*. Tadi huda pergi salon, dan semestinyalah huda dok gunting rambut dekat sana dan secara tak langsung kami berbuallah pasal tips penjagaan rambut ni. So, akak tu bagilah huda beberapa tips dan huda pun sibuklah tanya pada akak tu, itu dan ini pasal rambut ni. So hari ni, huda akan share dekat korang semua,apa yang akak tu dok cakap pasal penjagaan rambut ni ye =D


taken from google


Bagi wanita, penjagaan rambut adalah salah satu perkara yang wajib untuk mereka selain penjagaan diri yang lain. Terutamanya bagi wanita yang bertudung, mereka perlulah menjaga rambut mereka dengan lebih teliti lagi. Maksud huda di sini, basuhlah rambut korang paling tak pun 2 hari sekali pun ok. Sebab kalau korang basuh sekali - sekala je rambut korang akan berminyak dan semestinya korang akan berasa tidak selesa kan?


1. Shampoo
Macam yang huda cakap tadi, sekurang - kurangnya korang shampoo rambut dalam dua hari sekali. Tapi, tadi bila di tanya pada akak dekat salon tu, dia cakap kalau nak shampoo tiap - tiap hari pun ok juga sebab shampoo sekarang dia dah upgrade kepada yang lebih better. Walaubagaimanapun, korang perlulah ikut kesesuaian korang bershampoo.


2. Conditioner
Jangan lupa pada conditioner. Sebab fungsi conditional ni nak melembutkan rambut korang. So, lepas bershampoo tu, korang perlulah pakai conditioner untuk rambut korang nampak sihat. 

Tips : Kalau pakai conditioner, jangan sampai terkena kulit kepala korang. Cukup korang sapu rata di bahagian rambut korang sahaja. Sebab bila terkena pada kulit kepala korang, secara automatiknya rambut korang akan berminyak. 


3. Scrub Rambut
Selain conditioner, korang juga boleh guna scrub rambut. Tapi scrub rambut ni bagi rambut mereka yang bermasalah. Untuk penggunaan scrub rambut ni sama je macam conditioner tapi jangan pakai selalu. 

p/s : Pesan Akak Salon tu, boleh juga pakai scrub rambut dan conditioner secara bergilir tapi untuk scrub rambut tu perlu di kurangkan. Ok, harap korang faham k apa yang huda cakap, hehe =D


4. Minyak rambut
Nak pakai minyak rambut pun boleh juga. Tapi jangan terlalu banyak sebab nanti rambut korang akan berminyak, dan korang akan rasa ketidakselesaan pada rambut korang.

Tips : Kalau pakai minyak rambut pun sama juga, jangan sampai terkena kulit kepala korang. Cukup korang hanya sapukan pada rambut dan kemudian ratakan sahaja.


Nipiskan rambut
Jangan terlalu kerap menipiskan rambut korang. Sebab bila korang asyik nipiskan rambut, ia juga menyumbang kepada kerosakan rambut korang.


Cari masa yang sesuai untuk penjagaan rambut.
Bagi mereka yang sibuk bersekolah, belajar di kolej atau di universiti dan juga mereka yang bekerja, pasti akan sibuk dengan aktiviti seharian pada waktu pagi. Jadi bila pada waktu pagi tu, memang dah tak sempat nak dok shampoo rambut, merapikan rambut dan sebagainya. Jadi, anda perlu mencari masa yang sesuai untuk menjaga rambut dan merapikan rambut.

Contoh pada waktu malam. Yelah, pada waktu malamlah, baru kita ada masa untuk merehatkan diri juga minda. Ha, so dekat situ korang bolehlah ambil masa dalam setengah jam ke untuk merapikan rambut korang. 


Conclusionnya, *ceh, siap ada penutup bagai*. Kesimpulannya, sesibuk mana pun wanita, tapi kita perlu ada masa untuk merapikan diri kita =D


p/s : maaf jika tidak lengkap tips ini. Macam yang huda cakap tadi, tips ni huda share dengan korang melalui apa yang akak salon tu dok cerita dekat huda. So, huda simplify dan dapatlah satu entry ni. hehe, ok terima kasih baca entri ni ye =D


You Might Also Like

3 comment di sini.