Tips nak buat tutorial sendiri

10:50 PM


Assalamualaikum =D


Sebenarnya ada seorang blogger dok request dekat huda macam mana nak buat tutorial blog dia sendiri. Tapi huda pun tak tahu macam mana nak tunjukkan, apa yang huda boleh share, tips untuk buat tutorial blog sajelah. Sorry ye. hehe.


taken from google


Sebenarnya nak buat tutorial blog sendiri taklah susah, senang je. TAPI bagi korang yang dah mahirlah dalam bab coding dan software ni. Untuk yang baru berjinak - jinak dalam blogging, mungkin agak susah sikit kot sebab nak buat tutorial ni agak leceh juga sebenarnya. Maksud huda, nak buat tutorial ni perlukan masa yang agak banyak. 

Kalau nak buat tutorial yang ringkas, contoh tutorial yang membabitkan code dan sebagainya, tu bolehlah di katakan mudah. Ianya cuma mengambil masa 10 minit hingga 20 minit sahaja. Tapi kalau bab nak buat tutorial yang menggunakan software ni, agak leceh sikit. Sebab nak kena buat printscreen dan sebagainya. So bila di tolak - di tambah, adalah lebih kurang 20 hingga 45 minit.


Ok, dekat bawah ni step untuk buat tutorial korang sendiri.



1. Buka blog korang dan tengok apa yang korang rasa menarik untuk share dengan pembaca korang. 

Dan yang paling penting apa yang korang nak share tu senang untuk korang buat. Contoh : Tutorial nak privatekan blog. Mungkin tutorial ni tersangat basic, tapi its ok, itu ada percubaan pertama korang.

TEKAN SINI untuk tengok tutorial huda! =D


Dah nama pun tutorial kan? So, kita nak kena tunjukkan one by one macam mana nak buat sesuatu dan macam mana nak hasilkannya? Faham? Hurm, harap korang faham ok? =D.

Kadang - kadang, ada tutorial yang tidak menggunakan code, sebaliknya hanya menggunakan software atau pun benda dah sedia ada dalam blog ni. Contoh, macam tutorial yang huda tunjuk dekat atas tu - tutorial privatekan blog. Tutorial tu memang tak ada guna code dan software, tapi korang kena tunjukkan cara untuk privatekan blog dan bagitahu apa gunanya tutorial yang korang buat tu.


2. Kena buat print screen.

Yes, wajib! wajib dan wajib ada! =D. Contoh, kalau korang nak buat tutorial yang menggunakan software sahaja. Takkan korang nak buat ayat panjang berjela dan terangkan satu persatu cara nak buat dia. Ok, kalau macam tu pun huda tak faham apa yang korang terangkan.

Cara terbaik, korang buat print screen. Mudah dan senang je. Kepada korang yang tak tahu nak buat print screen TEKAN SINI dan TEKAN SINI juga, untuk lihat tutorial yang huda buat tu. Contoh? 


TEKAN SINI untuk lihat full tutorial


Bukan sahaja tutorial yang melibatkan software, tapi kadang - kala tutorial yang tak melibatkan software pun perlukan print scree ni. Contoh - Tutorial Privatekan blog (yang huda share dekat atas tu), dan juga tutorial yang lain yang berkenaan.


3. Encode coding dekat entry

Step ni lebih kepada tutorial yang ber-coding dan yang banyak sangat code tu. Kalau korang nak buat tutorial yang hanya menggunakan code sahaja, boleh je tapi tulah macam huda cakap tadi, korang perlu encode dulu code korang baru korang share dalam entry. Kalau tak, tak menjadi tutorial yang melibatkan code yang korang buat. 

Untuk encode coding korang,

1. SINGGAH SINI

2. Follow tutorial dekat bawah ni (gambar)



3. Baru copy code dekat 'result' dan letak link korang dekat dalam entry tutorial yang korang nak buat.

Hopefully, korang faham ye =D

4. Penggunaan queto.

Queto ni berguna untuk tutorial coding korang. Untuk info lebih lanjut pergi ke page Lyssa Faizureen ye. Maaf, huda belum sempat nak buat tuto pasal ni. haha =D. Dan follow tuto yang lyssa danh buat pasa Queto.



Sekian dan sampai sini sahaja tips yang huda boleh bagi pada korang semua. Maaf tips ini agak panjang sikit. hoho =D

You Might Also Like

1 comment di sini.