Review Movie Istanbul Aku Datang!

Farah
9

Assalamualaikum =D


Baru lepas tengok movie Istanbul Aku Datang. Hai maklum saje, baru download pagi tadi dekat you tube. Ha, nak pergi tengok dekat wayang? Tak tahulah ada lagi ke tidak...


best! =D


Ok, keseluruhannya cerita ni memang best dan romantik. Ya, huda pasti korang semua dah tengok cerita ni dan kawan - kawan huda sendiri cakap cerita ni memang best. Ha, tu sebabnya yang huda tak sabar giler nak tengok cerita ni tau... 


So right now, mari kita baca sinopsis untuk movie ini =D


Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad.Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti,terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan!Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?


 
Lisa yang sangat comel =D


Dian dan kekasihnya, Azad ...


Dian and her housemate...


Geram pula bila tengok Azad yang buat endah tak endah je semasa Dian berada di Istanbul. Ya Allah, geram bertambah bila Azad ada perempuan lain. Bukan main marah Dian sebab satu rumah dengan lelaki tapi dia...Ok, mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa dia buat macam tu... Tapi pada huda, alasan dia tak boleh diterima langsung. Sampai hati dia kan... Sedih tahu bila tengok scene tu...


Ketika Dian dalam keadaan kecewa, housemate Dian datang dan mula menenangkan dirinya dan tidak disangka rupanya dalam diam, housemate Dian memendam rasa cinta terhadap Dian...


Siapakah yang menjadi pilihan hati Dian?


Bila tengok cerita ni, tiba - tiba pula rasa macam nak pergi ke Istanbul tu. Tapi bila ye? hehe =D


Ok, untuk korang yang nak download dan tengok online BOLEH SINGGAH SINI.



creadit tu : Pereka Cerita =D


Post a Comment

9Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. saye pon baru tgk td , ok lah citer nyer . and lg best sbb dian is a blogger dlm tu . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, and after she wrote her entry then she said 'publish!'. hahaa =D

      Delete
  2. saye pon wat review citer ni jgak .

    http://blackpixiestale.blogspot.com/2012/12/review-movie-istanbul-aku-datang.html

    ReplyDelete
  3. baru tengok tadi. best!

    ReplyDelete
  4. mcm best je , ni yg x sabo nk tengok !!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !