4 hari di Tokyo, Japan

Sunday, June 10, 2012



Assalamualaikum =)


Hai semua,

Hari ni nak update tentang trip ke Tokyo, Japan...

So hari tu aku dan family pergi ke Tokyo, Japan selama 4 hari 3 malam. Kiteorang pergi 3 family. Tapi stay di hotel yang berbeza.

Untuk aku dan family, kiteorang pilih Sakura Hotel tempat untuk kami bermalam di sana.
Sejenis family yang ramai, so kalau sewa bilik pun kiteorang akan sewa bilik yang mempunyai banyak katil (kira macam dorm). Cukuplah untuk memuatkan kami sekeluarga. 
Jimat cost kat situ, right?

Ala, lagi pun aktiviti kami ni...Setakat balik bilik dan tidur. Selebihnya kiteorang banyak habiskan masa out door. 
Berjalan - jalan round tempat - tempat yang kiteorang dah pilih. 

So kat bawah ni, kisah aku dan keluarga.
Maaflah entri aku ni agak panjang dan cukuplah memuatkan cerita selama kami sekeluarga berada di sana.


Hari pertama di Tokyo.
Kami memulakan perjalanan kami di sekitar Tokyo bersama En Khisyida (iaitu tour guide kami), pada pukul 9.30 pagi dengan berjalan kaki dan juga menaiki train sahaja (no car and no bus). Peh, masa ni memang penat. Berjalan kaki beberapa kilometer dan juga bekejar - kejar menaiki train --> tapi have fun kot...Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan!

Sepanjang perjalanan kami (pada waktu pagi), kelihatan jalan raya agak lengang dan tidak banyak kereta di atas jalan raya (kalau ada pun sikit je) dan ada jugalah nampak yang mereka yang sedang berjalan kaki.

Dan suasana ketika itu agak lengang,

kelihatan juga ada mereka yang sedang berjalan kaki menuju ke tempat kerja ataupun ke sekolah.

Beberapa minit perjalanan, akhirnya kami tiba jua di stesen kereta api. Jika di luar tadi, tidak kelihatan begitu ramai orang tapi di stesen kereta api kelihatan mereka sedang berpusu - pusu mengejar kereta api untuk ke tempat kerja mahupun ke sekolah.

dan ini adalah suasana ketika di stesen kereta api.

Dan kami pun tidak ketinggalan menaiki kereta api untuk ke Akihabara, Japan.
Untuk memudahkan kami menaiki kereta api, kami perlu menggunakan JR Pass ( Japan Rail Pass). 
Tunjuk je JR Pass dekat pengawal keselamatan, then dia akan lepaskan korang menaiki train. 

Beberapa minit perjalanan akhirnya kami tiba di Akihabara, Japan <-- di mana di sini terdapat pelbagai kedai yang menjual barang - barangan animasi antaranya K-ON.

kami di Akihabara.

antara kedai animasi di Akihabara.

Jalan punya jalan, perut lapar perlu di isi. Ya, aku akui di sini agak susah untuk mencari makanan yang halal. Mujurlah ada tour guide kami, iaitu En Khisyida, so dia lah yang bawa kami ke kedai makanan halal yang tidak jauh dari situ

Dan ini adalah hidangan tengah hari kami. 
Ayam tanduri. Serious sedap!

Penat berjalan dari pagi hingga ke tengah hari, so kami decide untuk pulang ke hotel tempat kami menginap. Again, untuk pulang ke hotel, kami sekali lagi menaiki train. 

Dah nama pun minat Jang Guen Suk. Mana - mana jumpa poster Jang Guen Suk, aku pun cepat - cepat snap picture. La hai, ni baru jumpa poster, kalau jumpa tuan badan, hurmmm g mana ya? hahhaa.. Ok ok gurau je! =D

Tiba di hotel, apa lagi...Masing - masing terus lepak. Penat! Seharian berjalan tengok kedai - kedai animasi yang berada di Akihabara. Dan kami tak lepaskan peluang untuk membeli cenderahati ketika berada di sana.

Puas beristirehat, En Khisyida membawa kami jalan - jalan di sekitar Shibuya, Japan. Ya of course, sekali lagi kami ke sini menaiki train. Senang. 

Pokoknya, ke mana - mana kami pergi, kiteorang akan naik train. Jimat, haha. Kan?

Ok sambung cerita, Shibuya ni dikenali dengan tempat untuk kaum hawa ber shopping. Ya, even aku berada di sana pun rasa macam semua benda yang di jual menarik perhatian. 

Ni semasa dalam perjalanan ke Shibuya. Kiteorang jalan kaki je dari stesen kereta api ke Shibuya. Nikmat betul aku rasa, walaupun penat tapi berbaloi sebab dapat cuci mata. 
Ha, kan best!

So, inilah dia Shibuya, tempat kaum hawa ber shopping. Masa kami masuk tu serious lengang gila. Macam takde orang dalam shopping mall ni. I don't know why. Tapi kalau dekat Malaysia, mana - mana shopping mall mesti ramai gila orang. 

Masa ni En Khisyida, tak ikut kami masuk ke Shibuya, katanya di sini tempat orang muda shopping. So umur macam dia, macam tak sesuai masuk sini. Ha, if I'm not mistaken lah, sebab dah lama sangat kan. So, tu yang kami 3 beradik je masuk dalam shopping mall ni.


Ha, kalau pagi tadi kita tengok jalan raya agak lengang di Japan, lain pula dengan malam. Malam ni macam masa diorang hang out bersama kawan - kawan - kata En Khisyida. Yelah, siang diorang penat bekerja, so malam lah masa diorang enjoy.



So inilah dia, suasana malam di Shibuya, Japan.

Penat berjalan dari petang sampai ke malam, so kami decide untuk pulang ke hotel kami. 

Ha, kan dah cakap. Asal jumpa poster Jang Guen Suk je dia cepat - cepat ambil gambar. Ceh, kono nak buat kenangan le tu!

Belah malam pula kiteorang makan di Restoran MelayuCan, salah sebuah restoran halal yang berada tak jauh dari hotel kami menginap.

Antara hidangan makan malam kami, Tempe Salad.
Serious sedap! Dekat Malaysia ada tak jual benda ni? Kihkihkihhh, 
Setiap kali tengok tempe salad ni je, I terus rasa craving! Hhehee :P

So, sampai sini jelah kisah hari pertama kami berada di Tokyo Japan. Sambung pula dengan cerita hari kedua. 

Hari kedua di Tokyo.

Hari kedua ni, kiteorang pergi ke Disneyland, Tokyo, Japan. 
Jemputlah tengok gambar - gambar di bawah ni. Part ni korang scroll je, sebab mostly ianya di hiasi dengan gambar - gambar sepanjang aku dan family berada di sana...


ice - cream and pop corn.



antara permainan yang kami naiki
-enjoy- ^_^



Snow white adventure.
Lihat cerita snow white dengan menaiki train kecil (picture di atas).





small word
-best!-
tengok patung - patung kecil menari sambil menaiki bot.
^_^

Ha dan tak lupa juga dengan kenangan aku, adik dan sedara menaiki roller coaster. Fuh, rasa taubat! Sebab masa ni, takdelah first time cuma pada aku roller coaster dia ni, macam nak buat aku tercabut nyawa. Haha. So dari situ rasa macam dah taubat kot, tak nak naik roller coaster :P

Penat berjalan, main permainan itu dan ini, sampai ada part yang aku tak cerita. Sebab banyak sangat kot tempat yang kami kunjungi, dan permainan yang kami cuba. So, bila masing - masing dah penat, kiteorang pun decide balik je hotel. Lepak!

Hari Ketiga di Tokyo.
Pada hari ketiga pula, kami ke Gunung Fuji. Ok, kali ni kami tidak menaiki train tapi kami menaiki bas. Kenapa? Its take 2 hour untuk ke Gunung Fuji.

Beberapa jam perjalanan, akhirnya kami tiba jua di Gunung Fuji. Kami di fahamkan oleh tour guide yang membawa kami ke sini, Gunung Fuji bersalji. Serious memang sejuk gila dekat sini....


keadaan Gunung Fuji yang bersalji.

kami baru tiba di Gunung Fuji.

Bongkah Ais yang berada di Gunung Fuji,

di kedai cenderamata.

After melawat Gunung Fuji, kami pun pergi menjamu selera - makan tengah hari...


So inilah dia juadah makan tengah hari kami. 
Tiba - tiba hari ni kami jadi vegetarian, haha.
Walaupun makan ni je, tapi Alhamdulillah ianya amat mengenyangkan. And aku suka salad dia, serious mana - mana aku pergi, mesti salad dia sedap - sedap. 

Selepas menjamu selera, kami menaiki pula cable car .

kami ketika di dalam cable car



Lepas naik kabel car, kami berhenti pula di stesen cable car yang lain untuk melihat yellow house dan juga naik pirate ship .

ketika di kawasan yellow house.

dan ini ketika di atas pirate ship. 

ok, penat berjalan seharian .... balik semula ke hotel dengan menaiki bullet train.


Hari keempat di Tokyo...

Hari ini adalah hari terakhir kami di Tokyo. Pada hari ni, kami just check out dari Hotel Sakura je then terus naik train pergi ke Kyoto, Japan pula....
Then balik ke Malaysia on that day.

Dan ini adalah cenderahati untuk diri sendiri yang aku beli ketika berada di Tokyo, Japan.

Alhamdulillah sampai sini saja cerita aku dan family sepanjang berada di Tokyo, Japan.
To all thanks sebab luangkan masa baca entri yang agak panjang ini....
Salam, =)

You Might Also Like

10 comment di sini.

  1. Ya Allah, bestnyee . untunglaa pegi tokyoo :) jeles tauu .

    ReplyDelete
  2. bestnye Huda:)salah satu dream place kita..sob sob..bila lah daku dpt pegi ye:(

    ReplyDelete
  3. seronoknya huda dgn family. insyaAllah akan datang turn akak pula. hehe happy tgk huda dan family :)

    ReplyDelete
  4. Salam huda, boleh share camne nak contact tour guide?
    Atau mmg guide tu tempah dgn travel agent sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry huda tak tau sbb yang semuanya handle by my mom ... sorry

      Delete
  5. hi huda....sy pon nak tau macam mana nk dptkan tour guide disana...

    ReplyDelete
  6. huda tanya your mom mcmn u all ambik tourist guide'

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya saya dah lama teringin sangat nak pergi ke jepun. tempat impian tu
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete