Download Landasan Cinta | Nur Farahuda's blog


Apr 21, 2012

Download Landasan Cinta

Hai, hai semua.
Apa khabar? Sihat?



Sinopsis Cekerama Landasan Cinta

Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang tampan dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang riang namun seringkali gagal dalam percintaan.

Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Shiela dan Hisham. Shiela merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Shiela juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung.

Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Shiela telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya?


Link untuk Download (Click link kat bawah).

the end
^_^
by.hudahud
smile.smile.smile
^_^

2 comments: