Kebaikan dan keburukan coklat. mesti tau!

Sunday, January 22, 2012



Hai. Hai semua.
Hari ni, huda akan pergi holiday with my family.
Esok petang balik JB semula coz hari selasa dah kena balik Kolej balik le.

ok, back to the topic.
Korang suka makan coklat tak?
Eh, soalan apa tu? Mestilah suka kan?
Mestilah kebanyakan antara kita ramai yang suka makan coklat.


Setiap apa yang kita makan, kita perlu tahu kebaikan dan keburukan makanan tersebut.
Hal ini, bagi mengelakkan kita daripada berlaku sesuaru tang tidak diingini.
Kat bawah ni, huda nak share something dengan korang pasal coklat.
Ok.
^_^.
Enjoy reading ^_^



* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.

* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.


Namun, coklat juga ada keburukannya..

* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.






K, bye semua.

the end
^_^
by.hudahud
smile.smile.smile
^_^

You Might Also Like

0 comment di sini.