Ingatan aku hanya untuk dia.

Monday, December 19, 2011

Assalamualaikum.

Dari abad mana dapat idea, terus menaip . HEHE ^_^
Enjoy reading
^_^


Sejak dua menjak ni, ingatan aku hanya pada dia. 
Hanya dia. 
Entah mengapa, aku sendiri tidak pasti.
Jujur aku katakan, aku cuba untuk melupakan dia....
tapi ....
Aku tak tahu apa yang menghalang aku untuk terus lupakan dia.

Hampir 8 tahun, ingatan aku masih utuh untuk dia.
Mungkinkah aku masih ada perasaan kasih pada dia.
Entah .....
Aku sendiri tidak pasti.
Tiap kali ingatan aku utuh untuk dia,
Air mata aku terus - terusan mengalir.
Aku buntu, ya aku buntu.

Pernah, aku minta nasihat dari family juga teman rapatku,
Ya, aku amat berterima kasih kepada mereka yang cuba memberi aku sokongan,
tapi malangnya, terkadang aku kuat dan terkadang aku tewas.
Jujur, aku tidak betah hidup jika aku terus - terusan begini. 

Ya Allah, kau tolonglah hambamu ini.
Kau tolonglah aku...
Sungguh, aku terasa seksa untuk melupakan dia.

Apakah jalan terbaik untuk aku terus lupakan dia.
Untuk aku lupakan dia.
Biarkan dia pergi dari hati aku. 
Aku tewas, aku kalah jika ini yang aku rasa.


Nota ringkas : Cubaan untuk kali kedua ^_^

p/s : Ok, apa apa sila comment ye. terima kasih baca ^_^
the end
^_^
by.hudahud
smile.smile.smile
^_^

You Might Also Like

3 comment di sini.